Puspakom kini memperkenalkan GiCheck, platform baharu untuk tempahan pemeriksaan kenderaan yang merupakan penjenamaan semula daripada MyPuspakom.
Mula beroperasi sejak 4 Januari 2026, Puspakom memaklumkan peralihan ini merupakan sebahagian daripada penambahbaikan sistem bagi memastikan proses tempahan lebih teratur, telus dan cekap pelanggan.

Seiring peralihan ke platform baharu, Caj Pemprosesan Tempahan Pemeriksaan Kenderaan kini turut diselaraskan daripada RM3.50 kepada RM5.
Memetik laporan Bernama, pelarasan harga adalah sebahagian daripada pelaksanaan sistem tempahan baharu yang turut merangkumi integrasi automatik dengan portal mySIKAP Jabatan Pengangkutan Jalan serta penambahbaikan proses pemulangan bayaran yang lebih teratur.
Penyedia perkhidmatan pemeriksaan itu menjelaskan caj pemprosesan sedia ada tidak pernah disemak sejak sistem tempahan pemeriksaan dalam talian diperkenalkan pada 2017.
Pelarasan kini diperlukan bagi memastikan sistem tempahan kekal relevan dengan keperluan semasa industri automatif dan jangkaan pengguna.
{suggest}
