Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 15 Pro Max – 1

Cip iPhone 15 Pro Lebih Jimat Tenaga Berbanding Snapdragon 8 Gen 3 – YouTuber

Diterbitkan November 13, 2023 oleh ariff bukhari

Snapdragon 8 Gen 3 yang diperkenalkan baru-baru ini dikatakan menawarkan peningkatan prestasi sebanyak 18% dalam teras tunggal dan peningkatan sehingga 40% dalam prestasi berbilang teras berbanding Snapdragon 8 Gen 2.

Walaupun Snapdragon 8 Gen 3 direka menerusi teknologi proses pembuatan yang lebih lama, tetapi ia masih mengatasi prestasi cip Apple iPhone terbaru iaitu A17 Pro dari segi prestasi berbilang teras.

Walau bagaimanapun, cip baharu Qualcomm itu gagal dalam salah satu kriteria terpenting bagi sebuah telefon pintar iaitu hayat bateri.

Ujian bateri terbaru menunjukkan, telefon pintar Xiaomi 14 Pro yang dikusakan Snapdragon 8 Gen 3 hanya mampu bertahan selama 10 jam dan 24 minit sahaja.

Cip iPhone 15 Pro Lebih Jimat Tenaga Berbanding Snapdragon 8 Gen 3 – YouTuber

Manakala, iPhone 15 Pro Max yang dikuasakan Apple A17 Pro pula mampu bertahan selama 11 jam dan 54 minit. Ini bermakna Snapdragon 8 Gen 3 tewas kepada telefon pintar yang dilengkapi Apple A17 Pro dengan catatan perbezaan masa sebanyak 1 jam 30 minit.

Cip iPhone 15 Pro Lebih Jimat Tenaga Berbanding Snapdragon 8 Gen 3 – YouTuber

Daripada keputusan ujian yang dijalankan oleh saluran YouTube TechDroider itu, agak jelas untuk menyatakan bahawa pengurusan tenaga Snapdragon 8 Gen 3 tidak secekap Apple A17 Pro.

Ia juga menunjukkan bahawa Qualcomm terpaksa membuat SoC terbarunya berjalan pada watt yang lebih tinggi untuk mencapai prestasi keseluruhan yang lebih baik.

Operasi watt tinggi ini mungkin menjadi sebab mengapa ia tidak dapat mengalahkan Apple A17 Pro dalam ujian bateri.

Namun begitu, perbezaan antara iPhone 15 Pro Max dan Xiaomi 14 Pro tidaklah begitu ketara. Ini tidak bermakna anda tidak akan mendapat prestasi bateri pada situasi sebenar yang baik daripadanya.

Selain Xiaomi 14 Pro dan iPhone 15 Pro Max, TechDroider turut melakukan ujian bateri ke atas 4 lagi peranti lain iaitu OnePlus 11, Xiaomi 13 Ultra, Samsung Galaxy S23 Ultra dan Pixel 8 Pro.

Berkaitan

  • realme C53 Kini Hadir Dengan Varian 256GB, Berharga RM699
  • Lelaki Tempah 4 iPhone 15 Pro Max, Apple Silap Hantar 61 Unit
  • OPPO A79 5G Rasmi Dengan Harga RM1,199

Sumber: GizChina

(Beli pelbagai produk Apple yang asli dari stor rasmi wakil-wakil penjual sah Apple di Shopee dan Lazada)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY