Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article (61)

OPPO A79 5G Rasmi Dengan Harga RM1,199

Diterbitkan November 11, 2023 · Dikemas kini November 10, 2023 oleh Muhd Idham

Selepas pelancaran pertamanya di India pada 27 September yang lalu, OPPO A79 5G kini tersedia untuk pengguna telefon pintar OPPO di Malaysia.

Peranti yang seberat 193 gram dan setebal 7.99 mm ini dilengkapi dengan kapasiti bateri 5,000mAh yang mampu dicas sehingga penuh dalam masa 74 minit dengan pengecasan 33W. Ia dijangka bertahan untuk kegunaan biasa selama 26 jam dan kegunaan maksimum seperti bermain permainan video selama 6 jam secara berterusan.

Sehubungan dengan itu, OPPO A79 5G menawarkan konfigurasi 8GB RAM + 256GB storan serta sistem kamera AI 50MP, kamera potret 2MP dan kamera swafoto 8MP.

Pic 7_50MP AI Camera Shot with OPPO A79 5G

A79 ini juga merupakan peranti dengan penarafan IP54 kerana ia dapat menahan percikan air dan debu. Dalam pada itu, telefon pintar ini dipasang dengan pembesar suara dwi stereo yang menawarkan 86% kualiti bunyi lebih kuat dari peranti sebelumnya.

Peranti ini juga didatangkan skrin beresolusi FHD+ berukuran 6.72 inci, kecerahan maksimum 680 nits serta sokongan daripada gamut warna 100% DCI-P3.

Untuk pembelian pula, anda boleh pergi ke gedung dalam talian OPPO, Shopee dan Lazada pada 11 November 2023 yang menawarkan dua variasi warna iaitu Dazzling Purple dan Mystery Black.

Pic 4_OPPO A79 5G_Dazzling Purple
Pic 5_OPPO A79 5G_Mystery Black

{suggest}

Sumber: Siaran Media OPPO

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY