Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
60 iPhone 15 pro Max

Lelaki Tempah 4 iPhone 15 Pro Max, Apple Silap Hantar 61 Unit

Diterbitkan November 10, 2023 · Dikemas kini November 10, 2023 oleh Amalina Athman

Seorang pengguna TikTok mendakwa Apple secara tidak sengaja telah menghantar 61 unit iPhone 15 Pro Max, berbanding hanya empat yang ditempahnya.

Berkaitan

  • Ini Alasan Tim Cook Kenapa Anda Perlu Beli iPhone Terbaru Setiap Tahun
  • Inilah Telefon "Tiga Tiga Sekupang" Versi Moden, Tahan Lasak Tapi Harga Tak Keras
  • Resident Evil 4 Remake Akan Tersedia Untuk Siri iPhone 15 Pro Bulan Depan

Menurut Giovanni Petruzziello di TikTok, beliau menempah 4 unit iPhone 15 Pro Max pada September. Seunit dengan model 1TB untuk dirinya, sementara tiga lagi dengan varian 256GB untuk pasukan media.

Petruzziello mendakwa telah menerima kotak kecil berisi seunit iPhone 15 Pro Max 1TB. Bagaimanapun, apa yang tidak disangka, terdapat tiga lagi kotak besar yang dihantar bersama.

Lelaki Tempah 4 iPhone 15 Pro Max, Apple Silap Hantar 61 Unit
Lelaki Tempah 4 iPhone 15 Pro Max, Apple Silap Hantar 61 Unit
Lelaki Tempah 4 iPhone 15 Pro Max, Apple Silap Hantar 61 Unit
Lelaki Tempah 4 iPhone 15 Pro Max, Apple Silap Hantar 61 Unit

Dia kemudiannya membuka salah satu kotak besar itu dan mendapati 20 unit iPhone 15 Pro Max 256GB di dalamnya. Dua kotak lagi turut mempunyai amaun yang sama, menjadikan keseluruhan 60 unit iPhone 15 Pro Max 256GB untuk ketiga-tiga kotak besar dan seunit iPhone 15 Pro Max 1TB dalam kotak kecil yang diterimanya.

@legends_gio

Someone reallyyy screwed up 😭 #fyp

♬ original sound – Legends_gio

Setelah menghubungi Apple dan mencapai kesepakatan, Petruzziello memilih untuk memulangkan semula 60 unit iPhone 15 Pro Max yang dihantar secara tidak sengaja kepadanya.

@legends_gio

For the sake of privacy I cut out the footage of the man who I handed them off to #apple #iphone15

♬ original sound – Legends_gio

Apa yang menarik, Apple membayar balik untuk keempat-empat iPhone yang ditempahnya. Maknanya, Apple memberikan 4 unit iPhone 15 Pro Max secara percuma, sebagai ganti pemulangan semula 60 unit iPhone tersebut.

Sumber: TikTok Legends_Gio ( 1, 2, 3)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY