realme C53 Kini Hadir Dengan Varian 256GB, Berharga RM699

Pada Jun lalu, realme telah melancarkan realme C53 untuk pasaran Malaysia. Ia tersedia dengan 6GB RAM dan 128GB storan pada harga RM599.

Kini, realme C53 hadir dengan varian memori lebih besar, iaitu 8GB RAM LPDDR4X dan 256GB storan dalaman. RAM maya kini boleh ditambah dengan jumlah keseluruhan sehingga 16GB.

{suggest}

Sementara lain-lain spesifikasi masih sama, dengan dimuatkan kapasiti bateri 5,000mAh bersama sokongan pengecasan 33W melalui port USB Type-C.

Selain itu, realme C53 juga dilengkapi kamera utama 50MP dan 8MP swafoto.



Peranti ini ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu Champion Gold dan Mighty Black. Dari segi ketersediaan, realme C53 boleh dibeli pada harga RM699, bermula 10 November 2023.

(Untuk pembelian produk realme yang lain, layari kedai jualan rasmi di Shopee atau Lazada.)

Sumber: realme