Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Perbankan CIMB Clicks, Aplikasi CIMB OCTO Akan Dilengkapi Ciri Keselamatan Baharu

CIMB Perkenal Pembantu Digital ‘Amira’

Diterbitkan Julai 21, 2025 ยท Dikemas kini Julai 21, 2025 oleh Amalina Athman

CIMB Bank hari ini memperkenalkan Amira, Pembantu Digital pertamanya yang akan digunakan untuk menghubungi pelanggan melalui panggilan telefon.

Menurut CIMB, Amira akan menghubungi pelanggan terpilih bagi tujuan tertentu, sama ada untuk memberikan peringatan bayaran atau pembaharuan insurans kenderaan.

Namun begitu, penting untuk diketahui bahawa semua panggilan daripada Amira hanya akan dibuat menggunakan nombor telefon yang telah disenaraikan secara rasmi.

Untuk pengesahan, pengguna boleh membuat semakan dengan melayari Pusat Bantuan Pelanggan di laman rasmi CIMB.

CIMB menjelaskan langkah ini merupakan sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan pengalaman pelanggan melalui penggunaan teknologi yang inovatif.

Berkaitan

  • Mantan Mufti WP Perkenal Dua Pegawai Syariah AI
  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • Alipay+ Bawa Ciri AI Untuk Permudah Urusan 'Travel' Dalam Satu Aplikasi
  • Maybank Kini Benarkan Tukar Had Pemindahan Dalam Aplikasi MAE, Ini Caranya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY