Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Chrome Perketat Keselamatan, Kini Minta Kebenaran Sebelum Sambung Ke Laman HTTP Tidak Selamat

Chrome Perketat Keselamatan, Kini Minta Kebenaran Sebelum Sambung Ke Laman HTTP Tidak Selamat

Diterbitkan Oktober 22, 2026 · Dikemas kini Oktober 22, 2026 oleh Amalina Athman

Sambungan HTTP yang tidak selamat boleh mendedahkan pengguna kepada risiko seperti perisian hasad, pancingan data (phishing) dan pengintipan komunikasi. Dalam keadaan tertentu, penyerang juga boleh menyuntik kandungan berniat jahat ke dalam sesi pelayaran tanpa disedari pengguna.

Bagi mengurangkan risiko tersebut, Google kini melancarkan perubahan yang membolehkan Chrome meminta kebenaran pengguna secara jelas sebelum membuat sambungan ke laman web yang menggunakan HTTP tidak selamat.

Sebelum ini, ciri ini telah diaktifkan untuk pengguna yang menggunakan mod Enhanced Protection dalam Safe Browsing, tetapi kini diperluas kepada semua pengguna Chrome secara default.

Chrome Perketat Keselamatan, Kini Minta Kebenaran Sebelum Sambung Ke Laman HTTP Tidak Selamat

Langkah ini menambah perlindungan berbanding pendekatan terdahulu yang bergantung pada label “Not Secure” untuk menandakan laman yang tidak menggunakan HTTPS. Label tersebut mungkin boleh terlepas daripada perhatian pengguna, selain pengguna hanya dimaklumkan selepas sambungan dan data mereka terdedah kepada risiko.

Melalui perubahan baharu ini, Chrome akan meminta pengguna meluluskan sambungan HTTP ketika mereka mengakses sesuatu laman web buat kali pertama. Selepas kebenaran diberikan, amaran yang sama tidak akan dipaparkan lagi sehingga pengguna tidak melayari laman tersebut selama sekurang-kurangnya dua minggu.

Chrome Perketat Keselamatan, Kini Minta Kebenaran Sebelum Sambung Ke Laman HTTP Tidak Selamat

Secara default, amaran ini juga tidak akan dipaparkan pada laman yang tidak boleh mendapatkan sijil HTTPS yang dipercayai secara umum. Ini termasuk nama hos seperti intranet/ dan alamat IP lokal seperti 192.168.0.1, yang lazimnya digunakan untuk mengkonfigurasi penghala Wi-Fi rumah atau peranti seumpamanya.

Menurut Google, hos sedemikian biasanya mempunyai risiko serangan yang lebih rendah kerana penyerang perlu berada dalam rangkaian tempatan yang sama untuk mengubah trafik tersebut.

Google menjangkakan bilangan amaran akan terus berkurangan apabila semakin banyak laman web beralih kepada HTTPS. Langkah ini merupakan sebahagian daripada usaha syarikat itu untuk menjadikan Chrome secara default lebih selamat daripada serangan rangkaian.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Gemini Spark Kini Diintegrasikan Dengan Chrome
  • Chrome Kini Terima Kemas Kini Setiap 2 Minggu
  • Gemini Di Android Auto Mula Terima Ciri 'Personal Intelligence'

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Cara Pelajar IPT Tebus Google AI Plus Secara Percuma
  • Malaysia Cadang Garis Panduan Baharu Untuk Pempengaruh Dan Jenama
  • Siri OPPO Find X10 Dengan Kamera 200MP Hasselblad Rasmi Di Malaysia, Harga Bermula RM4,999
  • MCMC Ingatkan Platform Penstriman Agar Hormati Sensitiviti Tempatan
  • Penjawat Awam Berdepan Tindakan Disiplin Jika Langgar Arahan Guna Waze - KP MKN
  • Hanya Segelintir Pekerja Micron Taiwan Hari Ini Lancar Mogok Tuntut Bonus 83 Bulan Gaji
  • Apa Itu PHP Dan Siapa Yang Temui Kecacatannya Sehingga Hampir Semua Laman Web Di Seluruh Dunia Terpaksa Ditutup
©2026 WISER.MY
Loading Comments...