Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
China Sedang Uji Menara Penapis Udara Terbesar Di Dunia

China Sedang Uji Menara Penapis Udara Terbesar Di Dunia

Diterbitkan Jun 2, 2025 oleh ariff bukhari

Sebagai usaha menangani masalah pencemaran udara, China telah membina menara pembersih udara terbesar di dunia di bandar Xi’an.

Menara setinggi 100 meter inimampu membersihkan sehingga 10 juta meter padu udara setiap hari.

Menara yang dibina oleh penyelidik dari Akademi Sains China telah pun bermula pada tahun 2015 dan kini ia sedang diuji dengan menunjukkan hasil yang memberangsangkan.

Sebab utama Xi’an menjadi bandar untuk eksperimen ini adalah kerana bandar itu kini berdepan pencemaran udara yang serius, terutamanya pada musim sejuk.

Oleh itu, bandar ini menjadi lokasi ideal untuk ujian teknologi berskala besar seperti ini.

Menara ini menggunakan teknologi mesra alam yang bergantung kepada tenaga solar.

Udara tercemar disedut ke dalam rumah hijau di dasar menara, yang kemudian memanaskan udara tersebut menggunakan cahaya matahari.

Udara yang telah dipanaskan ini akan naik ke atas menara dan melalui beberapa lapisan penapis yang membuang zarah-zarah berbahaya seperti PM2.5 dan PM10.

Selepas ditapis, udara bersih dilepaskan semula ke persekitaran.

China Sedang Uji Menara Penapis Udara Terbesar Di Dunia

Hasil ujian pada tahun 2018 dahulu menunjukkan pencemaran berjaya dikurangkan sebanyak 15% dalam kawasan 10 kilometer persegi.

Malah hospital tempatan melaporkan pengurangan kes penyakit berkaitan pernafasan.

Walau bagaimanapun, ada penduduk yang masih belum merasakan kesan ketara dengan para pakar berpendapat bahawa menara ini tidak mencukupi untuk menyelesaikan masalah pencemaran secara keseluruhan.

Penyelidik kini merancang untuk membina menara yang lebih besar pada masa hadapan, yang mampu membersihkan udara untuk sebuah bandar kecil secara keseluruhan.

Namun begitu, disebalik usaha ini, saintis masih bimbang bahawa menara ini mungkin tidak dapat menapis toksin dengan berkesan yang boleh menjadi pendahulu kepada bahan  berbahaya atau cecair yang mampu menembusi paru-paru dan menyebabkan masalah kesihatan, seperti gas sulfur dioksida.

Berkaitan

  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • Cuaca Ekstrem Ketika Haji, Arab Saudi Guna AI & Dron Pantau Jemaah
  • Pengawal Keselamatan Expo Osaka Tular, Dilengkapi 'Scouter' Ala Dragon Ball

Sumber: Trending American

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY