Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
China Perkenal PhD Praktikal, Tamat Belajar Tanpa Tesis Bertulis

China Perkenal PhD Praktikal, Tamat Belajar Tanpa Tesis Bertulis

Diterbitkan Julai 15, 2026 · Dikemas kini Julai 15, 2026 oleh ariff bukhari

China telah mencipta sejarah dengan memperkenalkan lulusan PhD praktikal yang membolehkan pelajar kejuruteraan menamatkan pengajian tanpa tesis bertulis.

Sebaliknya, mereka dinilai berdasarkan produk, sistem atau teknologi yang berjaya dibangunkan.

Sejak undang-undang baharu diluluskan pada 2024, sudah lebih 60 graduan telah menerima ijazah melalui laluan ini.

Program ini lahir daripada kempen Elite Engineer yang menubuhkan lebih 50 kolej pascasiswazah sejak 2021.

Pelajar dibimbing oleh dua penyelia – seorang akademik dan seorang daripada industri – sambil membahagikan masa antara universiti dan syarikat.

Penilaian akhir bukan lagi pertahanan tesis, tetapi penilaian produk yang melibatkan semakan dalaman dan luaran.

Antara yang terawal memperoleh PhD praktikal ini adalah Wu Xiangyang, yang membangunkan sistem koordinasi pengeluaran masa nyata untuk kilang kenderaan rel, serta Cui Guangzhang dengan sistem pengkomputeran pintar Yansheng yang mempercepat pembangunan AI.

China Perkenal PhD Praktikal, Tamat Belajar Tanpa Tesis Bertulis
Wu Xiangyang merupakan antara individu pertama yang menamatkan pengajian dengan PhD praktikal. Kredit: Wu Xiangyang
China Perkenal PhD Praktikal, Tamat Belajar Tanpa Tesis Bertulis
Pembangun Cui Guangzhang mencipta sistem pengkomputeran pintar yang dipanggil Yansheng.

Malah, inovasi seperti blok keluli Lego oleh Zheng Hehui kini digunakan dalam projek jambatan besar di Sungai Yangtze.

Model ini lebih radikal berbanding “industrial PhD” di negara lain kerana menekankan penyelesaian masalah sebenar, bukan sekadar penerbitan akademik.

Ia juga dilihat sebagai strategi China untuk mengatasi kebergantungan kepada kertas tesis dan memperkukuh inovasi teknologi.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • 3 Saintis Muda UiTM Terpilih Jalankan Kajian Mikroplastik Di Fasiliti Ternama Di UK
  • Anak Sarawak Ketuai Pembangunan Satelit MAVERIC Yang Akan Dilancar Ke Orbit Bumi Dengan Roket SpaceX Falcon 9

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY