Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
imej atom

Saintis Berjaya Lihat Dan Rakam Imej Atom Dalam Resolusi Tinggi

Diterbitkan Ogos 8, 2025 · Dikemas kini Ogos 8, 2025 oleh ariff bukhari

Sekumpulan penyelidik di Cornell University, diketuai oleh Profesor David Muller, telah mencapai tahap resolusi tertinggi dalam bidang mikroskopi atom dengan menggunakan teknik baru yang dipanggil electron ptychography.

Ptychography berfungsi dengan mengimbas corak penyebaran yang bertindih dari sampel bahan dan melihat perubahan di kawasan bertindih.

imej atom
Atom ialah unit asas bagi sesuatu unsur dan merupakan blok binaan bagi semua jirim dan kimia. Ia terdiri daripada tiga zarah subatom utama iaitu proton, neutron dan elektron.

Pada tahun 2018 dulu, mereka berjaya menangkap imej atom pada resolusi tiga kali ganda lebih tinggi berbanding mikroskop elektron biasa.

Tetapi, pada tahun 2021, dengan menggunakan Electron Microscope Pixel Array Detector (EMPAD) dan algoritma pembinaan semula 3D yang lebih canggih, mereka dapat mengenal pasti kedudukan atom secara sangat tepat, sehingga tahap satu picometer (sejuta kali lebih kecil dari milimeter), sekaligus berjaya merakamnya pada ketepatan tinggi.

imej atom
Imej fasa keseluruhan, dijumlahkan daripada setiap lapisan setebal 0.5 nm, dibina semula melalui teknik multislice electron ptychography (MS-ptycho) menggunakan data pembelauan (diffraction) bagi orthoscandate praseodymium (PrScO3) yang disimulasikan dengan ketebalan berbeza.

Teknik ini juga berjaya menyelesaikan masalah utama mikroskopi selama hampir satu abad iaitu penyebaran berbilang elektron dalam sampel yang pertama kali dibincangkan oleh Hans Bethe pada tahun 1928.

Jika anda bertanya mengapa imej atom yang berjaya dirakam itu kelihatan kabur pula, ia adalah kerana “gegaran haba” semula jadi yang dihasilkan oleh atom itu sendiri.

Ini juga menunjukkan bahawa sistem yang dibangunkan untuk merakam imej atom ini telah mencapai had tertinggi yang mampu dicapainya.

Saintis Berjaya Lihat Dan Rakam Imej Atom Dalam Resolusi Tinggi
Imej ini menunjukkan rekonstruksi ptychographic elektron bagi kristal orthoscandate praseodymium (PrScO3), yang diperbesarkan 100 juta kali.

Muller menyamakan teknologi baru ini seperti “menanggalkan kaca mata lama dan memakai yang lebih baik,” dan beliau percaya ia akan digunakan secara meluas.

Teknologi ini berpotensi untuk digunakan dalam pelbagai bidang, termasuk mengenal pasti ketidaksempurnaan dalam semikonduktor, bahan pemangkin, bahan kuantum dan mungkin juga dalam kajian biologi seperti sambungan sinaps otak.

Walaupun kaedah ini memerlukan banyak masa dan pengiraan yang tinggi, ia boleh dibuat lebih efisien dengan komputer yang lebih berprestasi tinggi bersama dengan pembelajaran mesin dan pengesan yang lebih cepat.

Berkaitan

  • Bentuk Sebutir Zarah Cahaya Didedahkan Buat Pertama Kalinya
  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei
  • (Video) Simulasi Tunjukkan 'Rupa' Kelajuan ISS Ketika Mengorbit Bumi
  • GPT-5 Dah Rasmi - Ini Yang Anda Perlu Tahu

Sumber: Cornell Chronicle

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY