Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
China Kalahkan Juara Bertahan, Menangi Piala Dunia E-sukan 2026

China Kalahkan Juara Bertahan, Menangi Piala Dunia E-sukan 2026

Diterbitkan Ogos 24, 2026 ยท Dikemas kini Ogos 24, 2026 oleh ariff bukhari

Pasukan dari China, All Gamers, pada Ahad menewaskan juara dua kali Team Falcons dari Arab Saudi untuk memenangi Piala Dunia E-sukan (EWC) yang berlangsung di Paris.

Edisi EWC kali ini yang dianggap sebagai acara permainan video terbesar dengan menawarkan hadiah keseluruhan melebihi $70 juta (~RM294 juta), merupakan yang pertama dianjurkan di luar Arab Saudi sejak ia ditubuhkan di sana pada tahun 2024.

Lewat Ahad, pemerintah de facto Arab Saudi, Putera Mahkota Mohammed bin Salman, dijadualkan menghadiri majlis penutup bersama hos beliau, Presiden Emmanuel Macron.

EWC menghimpunkan lebih 2,000 pemain profesional dari seluruh dunia, menyaksikan persaingan sengit pasukan secara digital menerusi 24 jenis permainan video yang berbeza.

Pihak penganjur mengumumkan pada Mei lalu bahawa kejohanan tahun ini dipindahkan ke Perancis berikutan perang yang masih berlanjutan di Timur Tengah.

Edisi tahun depan dirancang untuk kembali dianjurkan di Riyadh. – AFP

Berkaitan

  • Mana Yang Betul? esukan, E-sukan Atau e-sukan? Ini Jawapannya
  • Ini Sebab Mengapa OPPO Reno16 Pro Peranti Terbaik Untuk Kaki Vlog
  • Lenovo Legion Akan Diguna 2,000 Pemain Profesional Di Kejohanan Dunia Esports 2026

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY