Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lenovo Legion Akan Diguna 2,000 Pemain Profesional Di Kejohanan Dunia Esports 2026

Lenovo Legion Akan Diguna 2,000 Pemain Profesional Di Kejohanan Dunia Esports 2026

Diterbitkan Julai 29, 2026 · Dikemas kini Julai 29, 2026 oleh ariff bukhari

Lenovo secara rasmi diumumkan sebagai Rakan Pengasas dan Rakan Global bagi Kejohanan Dunia Esports 2026 (EWC 2026) yang berlangsung di Paris dari 6 Julai hingga 23 Ogos 2026.

Acara gergasi ini memecahkan rekod sebagai kejohanan terbesar dalam sejarah esports dengan hadiah terkumpul melebihi USD 75 juta (~RM330+ juta), menghimpunkan lebih 2,000 pemain profesional daripada 200 pasukan bertaraf dunia.

Bagi memastikan kelancaran pertandingan, Lenovo membekalkan ekosistem perkakasan permainan berprestasi tinggi Legion™ merentasi arena pertandingan, fasiliti latihan, studio penyiaran, dan zon festival.

Para atlet di kejohanan ini bakal beraksi menggunakan rig flagship seperti Legion Tower 7i dan 5i serta monitor khas Legion.

Legion Tower 7i
Legion Tower 7i.
Legion Tower 5i
Legion Tower 5i.

Selain itu, Lenovo turut memperagakan peranti konsep terbaharu mereka, Legion Pro Rollable Concept— komputer riba permainan peringkat tertinggi 16” dengan skrin yang boleh dikembangkan secara mendatar dari 16” hingga 21.5” hingga 24” untuk atlet e-sukan.

Lenovo Legion Akan Diguna 2,000 Pemain Profesional Di Kejohanan Dunia Esports 2026
Legion Pro Rollable Concept.

Piala Dunia Esports 2026 ini akan diadakan di Paris, berlangsung dari 6 Julai hingga 23 Ogos 2026.

Pada acara EWC 2025 lalu, ia telah berjaya menarik 750 juta penonton global.

Berkaitan

  • Ini Sebab Mengapa OPPO Reno16 Pro Peranti Terbaik Untuk Kaki Vlog
  • Lenovo Mengacah Legion C700, 'Handheld' Untuk Permainan Awan
  • Lenovo Yoga Pro 7a Dipacu AMD Ryzen™ AI Max+ Kini Di Malaysia Pada Harga RM8,140

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY