Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mana Yang Betul? esukan, E-sukan Atau e-sukan? Ini Jawapannya

Mana Yang Betul? esukan, E-sukan Atau e-sukan? Ini Jawapannya

Diterbitkan Mac 9, 2022 · Dikemas kini September 9, 2022 oleh Amsyar Latif

Siapa sangka sukan pada zaman sekarang sudah semakin luas. Sekiranya dahulu, sebelum wujudnya teknologi yang canggih, sukan ini pasti dikaitkan aktiviti fizikal dan mesti bermain di luar.

Bak kata mak-mak “Pergilah main kat luar”

Namun itu dahulu, sekarang dengan teknologi yang semakin berkembang, permainan video atau game bukan sahaja untuk dijadikan sebagai hobi di masa terluang.

Akan tetapi, aktiviti bermain game kini boleh menjadi sumber pendapatan. Pertamanya kerjaya streamer. Kedua, atlet.

Benar, bermain permainan video juga dianggap sebagai sukan walaupun ramai yang membantah.

Buat pengetahuan, negara tercinta kita ini mempunyai ramai atlet sukan elektronik yang berjaya mencipta nama di peringkat antarabangsa. Malah, atlet game eFIFA pun jauh lebih handal dan disegani berbanding sukan bola sepak realiti.

Mana Yang Betul? esukan, E-sukan Atau e-sukan? Ini Jawapannya
Amtuah. Foto – Awani

Walau bagaimanapun, artikel ini bukanlah nak bercerita tentang kejayaan atlet e-sukan atau sukan elektronik di Malaysia. Mungkin topik ini akan dipecahkan dalam artikel akan datang.

Sebenarnya, perkara utama yang nak dibincangkan di sini adalah tentang ejaan sebenar sukan elektronik. Ya, umpama kelas bahasa. Sama ada penting atau tidak tetapi sekurang-kurangnya anda tahu dan mungkin boleh digunakan kelak.

Kalau dilihat di internet, terlalu banyak ejaan sukan elektronik ini. esukan, E-sukan, e-sukan, e-Sukan atau eSukan.

Screenshot 2022-03-09 at 5.37.25 PM

Menurut khidmat nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia (DBP), istilah sebenar bagi sukan elektronik ialah “e-sukan” di mana ia dirujuk kepada sukan elektronik.

Pun begitu, huruf “S” pada sukan haruslah ditulis dengan huruf kecil. Hal ini kerana perkataan “sukan” bukannya kata nama khas. Contoh lain seperti e-kerajaan dan e-tadbir urus.

Berkaitan

  • Jangan Berhenti Kerja Sebab Nak Jadi Seorang 'Streamers'
  • Sebab Kenapa Produk Apple Mahal 'Level' Kayangan
  • Qualcomm Kerjasama Dengan ESL - Lancar Kejohanan e-sukan Mudah Alih
  • Ditanya Mengenai Penggunaan RCS Pada iMessage, Ini Jawapan Tim Cook

Meskipun istilah tersebut tiada dalam pangkalan data DBP tetapi berdasarkan jawapan yang sudah diberikan, “e-sukan” adalah istilah yang sepatutnya digunakan.

Apa-apa pun, tidak kira apa jenis sukan sekalipun, kita seharusnya menyokong atlet negara.

Sumber: prpm

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY