Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
China US_reuters

China Haramkan Eksport Mineral Utama Ke Amerika Syarikat

Diterbitkan Disember 4, 2024 · Dikemas kini Disember 4, 2024 oleh Amalina Athman

Kerajaan China telah mengenakan sekatan baharu untuk penjualan bahan pembuatan cip ke Amerika Syarikat (AS), satu langkah yang dibuat hanya sehari selepas Pentadbiran Biden mengumumkan sekatan yang akan menyukarkan syarikat China untuk menghasilkan semikonduktor canggih.

Kementerian Perdagangan China pada Selasa berkata ia tidak lagi membenarkan eksport galium, germanium, antimoni dan mineral utama lain yang berpotensi digunakan dalam aplikasi ketenteraan ke AS, bagi melindungi keselamatan negara. Negara itu juga akan meneliti eksport grafit.

Sebelum itu, Jabatan Perdagangan AS telah memperkenalkan peraturan baharu untuk “menjejaskan lagi” keupayaan China menghasilkan semikonduktor untuk kecerdasan buatan (AI) dan sistem senjata.

Peraturan itu meletakkan had baharu pada peralatan dan perisian yang digunakan untuk mengeluarkan semikonduktor, selain cip memori high-bandwidth. Ia juga mula menyekat eksport kepada 140 syarikat China.

Sejak beberapa bulan lalu, China juga telah mula mengetatkan kawalan ke atas bekalan bahan nadirnya. Ia mula mengehadkan eksport antimon – mineral yang digunakan untuk pembuatan cip dan peralatan ketenteraan, dan kemudiannya mula memerlukan pengeksport untuk menerangkan secara terperinci bagaimana ia akan digunakan dalam rantaian bekalan Barat.

Keadaan mungkin boleh menjadi lebih ‘panas’ dalam beberapa bulan akan datang, dengan Presiden Donald Trump berikrar untuk mengenakan tarif tambahan ke atas barangan China.

Berkaitan

  • Produk Elektronik Pilihan: Jimat Besar Di Shopee, Patut Masuk ‘Wishlist’ Anda
  • TSMC Dilapor Hentikan Penghantaran Cip AI Untuk Syarikat China Bermula Hari Ini
  • China Dakwa Sekatan Cip TSMC Boleh Jejaskan Kepentingan Syarikat Taiwan
  • China Temui Simpanan Emas Lebih 1,000 tan, Dianggarkan Bernilai RM367 Bilion

Sumber: The Verge

Gambar utama: reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY