Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
China Temui Simpanan Emas Lebih 1,000 tan, Dianggarkan Bernilai RM367 Bilion

China Temui Simpanan Emas Lebih 1,000 tan, Dianggarkan Bernilai RM367 Bilion

Diterbitkan Disember 2, 2024 · Dikemas kini Disember 2, 2024 oleh ariff bukhari

Deposit emas yang sangat besar dengan anggaran rizab lebih daripada 1,000 tan telah ditemui di Wilayah Hunan di tengah China.

Berdasarkan laporan media milik kerajaan China, ahli geologi dari Biro Geologi Wilayah Hunan telah mengesan lebih 40 urat emas, dengan rizab 300 tan emas, pada kedalaman 2,000 meter di bawah ladang emas Wangu di Daerah Pingjiang.

emas china
Foto yang diambil pada 20 November 2024 ini menunjukkan sampel batu yang digerudi dari ladang emas Wangu di Daerah Pingjiang, Wilayah Hunan di tengah China

Rizab emas di tapak itu dengan kedalaman 3,000 meter dianggarkan mengandungi lebih daripada 1,000 tan yang bernilai 600 bilion yuan (~RM367 bilion).

“Banyak teras batu yang digerudi menunjukkan emas yang boleh dilihat,”  Chen Rulin, pakar mencari bijih dari Biro Geologi Wilayah Hunan.

Dia turut menambah bahawa satu tan bijih dalam julat 2,000 meter mengandungi maksimum 138 gram emas.

Liu Yongjun, naib ketua biro itu, berkata bahawa teknologi pencarian bijih baru, seperti pemodelan geologi 3D, telah digunakan di ladang emas Wangu.

Emas adalah salah satu logam paling berharga di bumi, terutamanya digunakan dalam membuat barang kemas.

Tetapi emas juga sangat banyak digunakan dalam industri elektronik di mana ia  merupakan salah satu bahan paling penting dalam perkakasan elektronik.

China Temui Simpanan Emas Lebih 1,000 tan, Dianggarkan Bernilai RM367 Bilion
Oleh kerana ketersambungan yang tinggi, port sambungan dan papan litar di hampir semua peralatan elektonik menggunakan penyaduran emas atau aloi emas.

Kebanyakkan peranti elektronik moden mengandungi sebahagian kecil emas di dalamnya, terutamanya yang mengandungi pin, penyambung dan papan litar, suis dan juga semua unit pemindahan data.

Komputer mengandungi lebih banyak emas berbanding peranti  lain. Tetapi emas juga boleh ditemui dalam pemproses, telefon pintar, televisyen rumah, kad sim, unit GPS, radio, kamera dan banyak lagi peranti moden lain.

Berkaitan

  • Produk Elektronik Pilihan: Jimat Besar Di Shopee, Patut Masuk ‘Wishlist’ Anda
  • Apple Didapati Menjual Aksesori Mengandungi Bahan Kimia Yang Menyebabkan Kecacatan Kelahiran Dan Kanser
  • Perodua Dedah EMO-II, Generasi Terbaru Myvi Berkuasa Elektrik?

Sumber: Xinhua

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY