Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TSMC featured image_TWSJ

TSMC Dilapor Hentikan Penghantaran Cip AI Untuk Syarikat China Bermula Hari Ini

Diterbitkan November 11, 2024 · Dikemas kini November 11, 2024 oleh Amalina Athman

Amerika Syarikat (AS) dilapor telah mengarahkan Taiwan Semiconductor Manufacturing Co. (TSMC) untuk menghentikan penghantaran cip kecerdasan buatan (AI) yang lebih canggih ke China, bermula hari ini.

Menurut laporan Financial Times, sumbernya memberitahu bahawa pembuat cip terbesar di dunia itu memaklumkan kepada pelanggan di China bahawa ia tidak akan lagi mengeluarkan cip AI nod proses 7nm atau yang lebih kecil.

Arahan AS hadir beberapa minggu selepas TSMC memaklumkan Jabatan Perdagangan bahawa salah satu cipnya telah ditemui dalam pemproses AI Huawei.

Ketika ini, AS mengenakan beberapa langkah yang bertujuan untuk menyekat penghantaran cip GPU (dengan keupayaan AI) ke China, yang dikhuatiri boleh digunakan untuk membangunkan senjata biologi dan melancarkan serangan siber berskala besar.

Awal bulan ini, AS turut mengenakan penalti $500,000 (~RM2.2 juta) ke atas GlobalFoundries yang berpangkalan di New York kerana penghantaran cip tanpa kebenaran kepada pembuat cip China yang disenaraihitamkan SMIC.

Berbalik kepada konteks, laporan itu menambah sebarang bekalan cip AI oleh TSMC kepada pelanggan China kelak akan tertakluk kepada proses kelulusan yang mungkin melibatkan Washington.

Berkaitan

  • Huawei Dilapor Masih Guna Cip TSMC Walaupun Disekat AS
  • AS Mahu Jawapan Bagaimana Cip TSMC Berada Dalam Peranti Huawei
  • Huawei Dilaporkan Cuba 'Menggoda' Jurutera TSMC Dengan Gaji Yang Tinggi, Tapi Gagal Atas 2 Faktor
  • Ini 7 Naik Taraf Baharu Pada HONOR X9c 5G Tapi Harga Masih Sama Macam Dulu

Sumber: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY