China telah berjaya mencipta robot tanpa wayar terkecil dan paling ringan di dunia. Bukan itu sahaja, robot itu juga mampu berubah bentuk untuk bergerak di darat dan udara.
Dihasilkan oleh pasukan dari Universiti Tsinghua dan Beihang, robot ini berpotensi digunakan dalam operasi penyelamatan bencana dan persekitaran berisiko tinggi.

Pasukan penyelidik ini diketuai oleh Profesor Yihui Zhang dari Universiti Tsinghua telahyang membangunkan penggerak berskala kecil berbentuk filem nipis yang membolehkan mikrobot secara berterusan mengubah bentuknya dan “mengunci” ke dalam konfigurasi tertentu.
Menurut Profesor Zhang Yihui, robot ciptaan mereka bukan sahaja terkecil dan paling ringan, tetapi juga memiliki kelajuan pergerakan darat terpantas dalam kategori robot tanpa wayar.

Teknologi utama robot ini terletak pada penggerak yang boleh dibentuk (morphable actuator), iaitu komponen yang menukarkan tenaga kepada daya.
Aktuator ini bukan sahaja meningkatkan keupayaan robot, tetapi juga boleh digunakan dalam peranti perubatan serta sistem realiti maya dan tambahan (VR/AR).
Reka bentuk robot ini diinspirasikan daripada konsep Lego, membolehkan penggeraknya disesuaikan untuk menghasilkan mesin pelbagai fungsi.
Dalam ujian luar mereka, robot sepanjang 9 cm dan seberat hanya 25 gram itu mampu terbang, mendarat dan bergerak di daratan.
Keupayaan berubah konfigurasi membolehkannya menyesuaikan diri dengan permukaan curam, kawasan sempit, dan ruang berketinggian berbeza.
Kemungkinan penggunaan robot ini sangat luas, termasuk dalam pemantauan alam sekitar, penyiasatan geologi, serta eksplorasi kawasan berbahaya.
Sebagai contoh, dalam operasi penyelamatan, ia boleh merangkak dalam runtuhan untuk mencari mangsa, menukar ke mod air apabila melalui kawasan banjir dan beralih ke mod penerbangan di ruang terbuka untuk tiba lebih cepat ke lokasi sasaran yang merupakan suatu kelebihan yang tidak dimiliki pada robot tradisional.
Pasukan penyelidik juga berjaya membangunkan penggerak kecil yang mampu berubah bentuk dan kekal stabil menggunakan kawalan elektrotermal, menjadikan sistem lebih cekap dan tahan lama.
Selain bidang penyelidikan robotik, teknologi ini bjuga erpotensi untuk diterapkan dalam peranti perubatan, pembangunan paparan 3D dinamik dan sistem maklum balas sentuhan untuk aplikasi VR dan AR.
Dengan saiz kecil, kemampuan berubah bentuk, dan adaptasi tinggi terhadap persekitaran, robot inovatif ini membuka dimensi baru dalam teknologi robotik dan berpotensi merevolusikan aplikasi dalam pelbagai industri.
{suggest}
Sumber: Tsinghua University