Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
China Bangunkan Bateri Sodium-Ion Anti Terbakar

China Bangunkan Bateri Sodium-Ion Anti Terbakar

Diterbitkan April 10, 2026 · Dikemas kini April 10, 2026 oleh ariff bukhari

Sebuah pasukan penyelidik dari Institut Fizik, Akademi Sains China telah mencipta elektrolit baharu yang digelar polymerizable non-flammable electrolyte (PNE) untuk bateri sodium-ion.

Inovasi ini berfungsi sebagai “smart firewall” yang mampu menghalang daripada berlakunya fenomena thermal runaway yang merupakan punca utama kes kebakaran dan bateri meletup.

Teknologi ini bertindak sebagai sistem pertahanan berbilang lapisan dengan menjadikan elektrolit bertukar daripada cecair kepada keadaan pepejal padat apabila suhu melebihi 150°C, sekali gus membentuk penghalang fizikal yang menghentikan penyebaran haba.

China Bangunkan Bateri Sodium-Ion Anti Terbakar
Juruteknik memasang unit bateri natrium-ion di sebuah kemudahan pengeluaran di Wilayah Henan, tengah China pada 28 Februari 2026.

Berbeza dengan elektrolit tahan api tradisional, PNE bukan sekadar melambatkan kebakaran tetapi benar-benar memutuskan rantaian tindak balas berbahaya.

Ini adalah kali pertama tahap keselamatan ini dicapai dalam sel berkapasiti tinggi.

Kejayaan ini sekali gus membuka jalan kepada penggunaan bateri natrium-ion dalam kenderaan elektrik, trak berat, dan penyimpanan tenaga berskala besar.

Kajian ini telah diterbitkan dalam Nature Energy pada 7 April 2026, diketuai oleh Hu Yongsheng.

Berkaitan

  • Bateri Logam Litium Bakal Gantikan Bateri Li-ion Konvensional
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • BMW Dan UM Teroka Potensi Bateri EV Terpakai Untuk Simpanan Tenaga

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY