Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Bateri Logam Litium Bakal Gantikan Bateri Li-ion Konvensional

Posted on Februari 26, 2026Februari 26, 2026

Pure Lithium, syarikat teknologi bateri logam litium (Li-M) berpangkalan di Chicago baru sahaja menerima paten penting di Jepun untuk teknologi “Pengeluaran Logam Litium Tulen Bersepadu Secara Menegak dan Pengeluaran Bateri Litium.”

Paten ini meliputi pengeluaran anoda logam litium tulen dan pembuatan bateri secara bersepadu di lokasi yang sama, sekali gus mengurangkan kos logistik dan meningkatkan kecekapan.

Langkah ini sekali gus memberi peluang kepada Jepun untuk kembali menonjol dalam pasaran bateri global.

Sebelum ini, paten sama telah diperoleh di Amerika Syarikat dan Arab Saudi.

Apa yang menariknya lagi dengan teknologi bateri dari Pure Lithium ini adalah rantaian bekalan untuk bateri mereka bebas China.

Ia tidak mengandungi grafit, kobalt, nikel atau mangan.

Sebaliknya, bahan bateri mereka yang diperoleh secara tempatan, mengandungi anoda litium tulen yang mempunyai kapasiti 10 kali ganda lebih tinggi.

Ini menjadikan, bateri keluaran mereka lebih ringan dan berkapasiti dua kali ganda berbanding bateri litium-ion konvensional.

Selain itu, ia membolehkan pengeluaran bateri di hab global tanpa terdedah kepada tarif yang tidak menentu, larangan eksport dan faktor lain yang merumitkan rantaian bekalan bateri hari ini.

Dengan lebih 140 paten global, Pure Litium menyasarkan aplikasi dalam penyimpanan tenaga grid, pusat data, mobiliti mikro, dron, elektronik dan aeroangkasa.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress