Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengguna EV Volkswagen Di UK Perlu Langgan ~RM98/bulan Untuk Tambah Prestasi

Pengguna EV Volkswagen Di UK Perlu Langgan ~RM98/bulan Untuk Tambah Prestasi

Diterbitkan Ogos 15, 2025 oleh ariff bukhari

Volkswagen kini menawarkan prestasi penuh EV dalam bentuk langganan untuk sesetengah pemilik  EVnya di UK.

Ia ditawarkan kepada pemilik EV model Volkswagen ID.3 Pro dan Pro S yang ditetapkan memiliki kuasa kuda 201 hp.

Tetapi untuk membuka kuasa penuh EV itu kepada 228 hp, pemilik perlu membayar langganan bulanan £16.50 (~RM98) atau yuran sekali seumur hidup sebanyak £649 (~RM3,865).

Volkswagen ID.3 pRO
Volkswagen ID.3 Pro Essential ini berharga £35,740.00 (~RM211,938.00).

Yuran sekali ini terikat pada kenderaan, bukan pembeli, jadi ia jika dijual, naik taraf itu kekal pada EV tersebut. Volkswagen turut menjelaskan, peningkatan kuasa ini tidak menjejaskan jarak perjalanan.

Langkah ini pastinya mengingatkan kembali kepada langkah BMW pada 2024 dulu yang mana mengenakan bayaran langganan untuk ciri pembantu lampu tinggi.

Buat masa ini, percubaan Volkswagen ini hanya terhad kepada pelanggannya di UK sahaja, dengan sambutan pengguna akan dinilai sebelum diputuskan sama ada ia akan diperluaskan ke pasaran lain.

Berkaitan

  • Ciri Lampu Tinggi Automatik BMW Ditawar Dalam Bentuk Langganan Bermula RM40/bulan
  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei
  • Dari Bateri Ke Gadget, BYD Kini Hasilkan Tablet Sendiri Pula

Sumber:  Auto Express

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY