Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
China Lancar Robot Humanoid ‘Ultra-Realistik’ Pertama Di Dunia Yang ‘Sentiasa Setia’

China Beri Amaran Tindakan Balas Selepas AS Larang Import Robot Humanoid

Diterbitkan Julai 29, 2026 ยท Dikemas kini Julai 29, 2026 oleh ariff bukhari

Beijing menuduh Amerika Syarikat cuba “menindas” syarikat-syarikat China, selepas Washington melarang import robot humanoid dan robot berkaki empat yang dikilang di luar negara.

Sebahagian besar robot humanoid yang dijual di Amerika Syarikat diimport dari luar, terutamanya dari China, di mana syarikat-syarikat tempatan telah memecut jauh ke hadapan dalam sektor yang sedang berkembang pesat ini.

Kementerian Luar Negeri Beijing menyatakan bantahan keras terhadap langkah Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan (FCC) AS pada Selasa yang memasukkan “peranti robotik canggih” ke dalam senarai barang terlarang atas alasan keselamatan negara.

“China sentiasa menentang keras tindakan AS yang meleret-leretkan konsep keselamatan negara demi menindas syarikat-syarikat China,” kata jurucakap kementerian, Mao Ning, dalam satu sidang media harian.

Beijing akan mengambil “langkah-langkah yang perlu” untuk mempertahankan hak dan kepentingan syarikat-syarikat China, tambah Mao.

“Sikap perlindungan (protectionism) tidak akan meningkatkan daya saing AS. Ia hanya akan merugikan kepentingan syarikat dan pengguna Amerika sendiri.”

Robot dalam pelbagai bentuk dan saiz kini digunakan secara meluas di China, daripada hotel, pusat beli-belah, sehinggalah ke kilang-kilang.

Jenis dron tertentu, serta syarikat China seperti Huawei dan China Telecom, sememangnya sudah sedia ada dalam senarai sekatan FCC sebelum ini.

Kini, senarai itu turut merangkumi “robot mudah alih” yang meniru cara berjalan manusia dan haiwan dengan berdiri di atas dua atau empat kaki.

Keputusan FCC itu dibuat berpandukan dapatan daripada pasukan petugas khas yang ditubuhkan oleh Rumah Putih, yang menyimpulkan bahawa robot buatan luar negara boleh mewujudkan “risiko keselamatan siber yang mengancam keselamatan infrastruktur kritikal” serta “keselamatan dan ketenteraman” penduduk AS.

Kebanyakan robot humanoid di Amerika Syarikat digunakan bagi aplikasi industri dalam ruang tertutup, seperti kilang pembuatan kereta atau gudang penyimpanan. – AFP

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • China Lancar Robot Humanoid 'Ultra-Realistik' Pertama Di Dunia Yang 'Sentiasa Setia'
  • AS Gunakan Alasan Sama, Kali Ini Sekat Robot China Pula

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
  • OpenAI Akan Satukan Had Penggunaan ChatGPT Dan Codex Mulai Disember
  • Maklumat Pelanggan Mungkin Terjejas Susulan Insiden Siber Amadeus - Malaysia Airlines
  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
©2026 WISER.MY