Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
GPT-6.1 Terra

OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat

Diterbitkan Oktober 27, 2026 oleh Amsyar Latif

OpenAI telah memperkenalkan GPT-6.1 Terra, model kecerdasan buatan (AI) baharu yang menawarkan peningkatan dari segi kelajuan, ketepatan fakta dan keupayaan melaksanakan tugasan menggunakan komputer.

Berbanding GPT-5.6 Terra, model terbaharu ini direka untuk mengendalikan pelbagai tugasan harian dengan lebih cekap, termasuk menghasilkan dokumen, memahami lukisan teknikal, mengisi borang serta menyunting video.

GPT-6.1 Terra agent last exam

Menurut OpenAI, GPT-6.1 Terra mencatatkan peningkatan 15 mata peratusan berbanding GPT-5.6 Terra dalam penanda aras Agents’ Last Exam pada tahap penaakulan sederhana, dengan kos sekitar satu pertiga daripada sebelumnya.

Malah, model ini mampu menyiapkan tugasan lebih tiga kali pantas berbanding GPT-6 Astra dan GPT-6.1 Sol dalam ujian berkenaan.

Dari segi ketepatan fakta, OpenAI turut melaporkan penurunan kadar kesilapan daripada 53.6% kepada 16.7% pada tahap penaakulan rendah berdasarkan ujian dalaman yang direka untuk mencetuskan kesilapan.

GPT-6.1 Terra factual rate error

Pada tahap penaakulan maksimum, kadar kesilapan pula turun kepada 4.3%, hampir menyamai prestasi GPT-6 Astra dan GPT-6.1 Sol.

Selain itu, GPT-6.1 Terra turut menunjukkan peningkatan dalam tugasan pengaturcaraan, dengan berjaya menyelesaikan 50.3% tugasan dalam penanda aras Terminal-Bench 4.0, berbanding 21.5% bagi GPT-5.6 Terra.

Dari segi kos, harga standard API GPT-6.1 Terra adalah sekitar 50% lebih rendah berbanding GPT-5.6 Terra dan GPT-6.1 Sol. Ia ditawarkan pada kadar AS$1 bagi setiap sejuta token input dan AS$5 bagi setiap sejuta token output.

GPT-6.1 Terra Work

GPT-6.1 Terra kini tersedia kepada pengguna ChatGPT Plus, Pro, Enterprise dan Edu menerusi ChatGPT Work serta Codex. Pembangun juga boleh mengakses model ini melalui OpenAI API.

Menurut OpenAI, penggunaan model ini turut membolehkan pengguna melaksanakan lebih banyak tugasan dalam had penggunaan pelan sedia ada.

Berkaitan

  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • ChatGPT Kini Boleh Kunci Sembang Dengan PIN, Face ID Atau Touch ID

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
©2026 WISER.MY