Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ray-Ban | Meta

Meta Bangunkan Cermin Mata AI Yang Kenal Wajah & Jejak Aktiviti Harian

Diterbitkan Mei 9, 2025 · Dikemas kini November 5, 2025 oleh Amalina Athman

Meta kini sedang membangunkan perisian penglihatan berteknologi tinggi yang digelar “super-sensing”, dengan keupayaan untuk mengenal pasti individu berdasarkan nama mereka.

Sebelum ini, Meta membatalkan rancangan untuk memperkenalkan teknologi yang serupa pada generasi pertama Ray-Ban Meta AI atas faktor kebimbangan privasi.

Dalam laporan terbaru The Information, keadaan kini berubah apabila Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan AS (FTC) di bawah Pentadbiran Trump dilihat lebih terbuka, sekali gus membuka ruang kepada Meta untuk menyambung semula perancangan tersebut.

Sebagi langkah susulan, Meta dilaporkan sedang membangunkan dua model baharu cermin mata pintar untuk tahun depan, dengan nama kod dalaman Aperol dan Bellini. Syarikat itu juga sedang menilai semula proses penilaian risiko privasi dan keselamatan bagi mempercepatkan pelancaran produk.

Selain pengecaman wajah, perisian Meta AI, yang diaktifkan dengan arahan suara “Hey Meta, start live AI”, berpotensi melakukan perkara seperti mengingatkan pengguna untuk ambil kunci jika terlupa dan sebagainya. Ciri super-sensing ini memastikan kamera dan sensor sentiasa diaktifkan, membolehkan AI menjejak setiap perkara yang dilakukan sepanjang hari.

Ketika ini, Meta telah mula menguji fungsi ‘live AI’ pada model sedia ada. Namun, penggunaannya terhad kerana bateri hanya mampu bertahan sekitar 30 minit.

Inisiatif baharu Meta kini sedang meneliti cara untuk memanjangkan tempoh penggunaan agar ciri ini boleh digunakan selama beberapa jam, selain turut menambah keupayaan pengecaman wajah ke dalam peranti.

Berkaitan

  • Generasi Ketiga 'Ray-Ban | Meta' Dilapor Akan Hadir Tahun 2025
  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Telefon Pintar 10 Tahun Lagi: Terus Berevolusi Atau "Pupus"?
  • Meta Lancar Aplikasi AI Kendiri - Dilengkapi Suapan Sosial, Integrasi Cermin Mata Pintar

Sumber: The Information

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY