Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
malware android

Perisian Hasad Intip Ini Kembali, Rekod Audio Dan Panggilan Telefon Android

Diterbitkan Oktober 26, 2023 · Dikemas kini Oktober 26, 2023 oleh ariff bukhari

Trojan perbankan bernama SpyNote didapati kembali semula dari “kuburnya” selepas ia berjaya di atasi  pada tahun 2022 lalu.

Walaupun Google telah mengambil tindakan untuk melaksanakan perlindungan terhadap ancaman itu, penemuan semula trojan aktif ini menjadi peringatan yang baik kepada setiap pengguna mudah alih untuk berhati-hati tentang cara anda menggunakan telefon tersebut.

Kesukaran dalam menangani ancaman pengintipan seperti SpyNote ini adalah ia tidak ditemui di dalam aplikasi lain.

Dalam erti kata itu, ia bukan Trojan tradisional. Sebaliknya, apa yang SpyNote lakukan ialah menggunakan pancingan data SMS (aka, “smishing”) untuk menghantar mesej SMS berniat jahat kepada pengguna.

Mesej tersebut mengarahkan pengguna untuk memuat turun fail .apk dari luar Gedung Google Play, yang kemudiannya menjangkiti peranti.

Selepas peranti dijangkiti, SpyNote memperdaya pengguna untuk memberikan kebenaran yang lebih tinggi dan kemudian ia menyorok daripada dilihat.

Berbekalkan kebenaran tersebut, SpyNote boleh merakam audio (termasuk panggilan telefon), merakam video, akses log setiap ketikan yang anda buat pada peranti anda, mencuri nama pengguna dan kata laluan dan menjejak lokasi anda.

Perisian Hasad Intip Ini Kembali, Rekod Audio Dan Panggilan Telefon Android

“SpyNote ialah perisian pengintip yang log masuk dan mencuri pelbagai maklumat, termasuk ketukan kekunci, log panggilan, maklumat mengenai aplikasi yang dipasang dan sebagainya. Ia kekal tersembunyi pada peranti mangsa menjadikannya mencabar untuk diperhatikan. Ia juga menjadikan penyahpasangan amat rumit. Satu-satunya pilihan yang tinggal kepada mangsa ialah melakukan tetapan semula (factory reset) untuk mengalih keluar perisian hasad.” Amit Tambe, Penyelidik keselamatan F-Secure.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Tablet Ni Ada Slot Kad SIM Tapi Harga Murah
  • Apple Tampal 18 Kelemahan Keselamatan Dalam iOS 17.1

Sumber: F-Secure

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY