Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
siri Xiaomi 13

Lei Jun Sahkan Siri Xiaomi 13 Akan Hadir Untuk Pasaran Global Tidak Lama Lagi

Diterbitkan Disember 13, 2022 oleh Amalina Athman

Dalam acara yang berlangsung di China pada 11 Disember, Xiaomi telah memperkenalkan sejumlah produk baharu untuk pasaran negara itu. Menjadi tumpuan utama dalam acara berkenaan sudah pastinya siri Xiaomi 13.

Terbaharu, CEO Xiaomi Lei Jun telah mengesahkan siri Xiaomi 13 akan hadir untuk pasaran global tidak lama lagi. Bagaimanapun, tidak dinyatakan dengan lebih spesifik mengenai tarikh pelancaran global siri andalan itu.

We are going to launch Xiaomi 13 Series for our international markets soon! Stay tuned. pic.twitter.com/pBEURkKgTc

— Lei Jun (@leijun) December 11, 2022

Mengenai siri Xiaomi 13, ia hadir dengan dua model yang terdiri daripada Xiaomi 13 dan Xiaomi 13 Pro. Kedua-duanya didatangkan dengan rekaan berbeza namun terdapat sejumlah persamaan dari segi spesifikasi utama.

Berkaitan

  • Snapdragon 8 Gen 2 Diperkenalkan - Lebih Pantas Dan Efisien, Wi-Fi 7, Spatial Audio
  • Siri Xiaomi 13 Dilancarkan - Cip Snapdragon 8 Gen 2 Dengan Kamera Leica

Xiaomi 13 dan Xiaomi 13 Pro dijana cip pemproses Snapdragon 8 Gen 2 dan tetapan kamera Leica. Gandingan memori RAM sehingga 12GB LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 512GB berasaskan UFS 4.0 turut dimuatkan bagi kedua-dua model. Tahap maksimum kecerahan pula boleh mencapai sehingga 1900 nit. Antara lainnya adalah sokongan penarafan IP68, MIUI 14 berasaskan Android 13 dan sebagainya.

Untuk penawaran seperti harga dan lain-lain, nantikan pelancaran global bagi siri Xiaomi 13 yang dijangka berlangsung tidak lama lagi.

Sumber: Lei Jun

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY