Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Fortune 2025 Most Powerful People in Business List

CEO Teknologi Kuasai Carta Fortune 2025, Individu Paling Berkuasa Dalam Perniagaan

Diterbitkan Ogos 7, 2025 · Dikemas kini Ogos 7, 2025 oleh ariff bukhari

Fortune telah mengumumkan senarai tahunan kedua “100 Individu Paling Berkuasa dalam Dunia Perniagaan” yang menampilkan tokoh-tokoh berpengaruh dari 28 industri global termasuk kewangan, teknologi, runcit dan automotif.

Senarai ini mengiktiraf pemimpin yang membawa perubahan besar melalui inovasi, strategi luar jangka, dan impak meluas terhadap perniagaan dan masyarakat.

Antara yang paling menonjol dalam senarai tahun ini ialah Jensen Huang, Ketua Pegawai Eksekutif NVIDIA, yang merampas kedudukan No. 1 daripada Elon Musk.

Di bawah kepimpinannya, NVIDIA kini menjadi syarikat pertama di dunia yang melepasi penilaian pasaran sebanyak $4 trilion, hasil permintaan tinggi terhadap cip AI mereka.

Ini mengukuhkan kedudukan NVIDIA sebagai pemain utama dalam gelombang AI generatif.

Berikut adalah senarai 10 Individu Paling Berkuasa dalam Dunia Perniagaan menurut Fortune 2025:

  1. Jensen Huang – Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, NVIDIA
  2. Satya Nadella – Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi, Microsoft
  3. Mark Zuckerberg – Ketua Pegawai Eksekutif, Pengerusi dan Pengasas, Meta
  4. Elon Musk – Ketua Pegawai Eksekutif, Pengasas Bersama dan pelbagai peranan lain, Tesla, SpaceX, xAI, dan lain-lain
  5. Wang Chuanfu – Ketua Pegawai Eksekutif, Pengerusi dan Pengasas, BYD
  6. Sundar Pichai – Ketua Pegawai Eksekutif, Alphabet (Google)
  7. Ren Zhengfei – Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas, Huawei Technologies
  8. Sam Altman – Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama, OpenAI
  9. Jamie Dimon – Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi, JPMorgan Chase
  10. Mary Barra – Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi, General Motors

CEO Teknologi Kuasai Carta Fortune 2025, Individu Paling Berkuasa Dalam Perniagaan

Senarai penuh Fortune ini merangkumi pemimpin dari 62 syarikat berpusat di A.S, 17 dari Asia, 13 dari Eropah dan 1 dari Timur Tengah

Sebanyak tujuh syarikat pula mempunyai dua wakil dalam senarai ini, termasuk Alphabet, Microsoft dan Amazon.

Editor Eksekutif Fortune, Lee Clifford, menyatakan bahawa pemimpin hari ini tidak boleh bergantung pada kejayaan lalu, sebaliknya mereka perlu terus menyesuaikan strategi dan memperbaharui syarikat mereka secara berterusan.

Berkaitan

  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei
  • Sidang Kemuncak Teknologi ASEAN 2025 Bakal Himpunkan 2,000 Inovator Global Di MITEC November Ini
  • Kaca Pelindung Skrin iPhone Dan Apple Watch Akan Dibuat 100% Di AS

Sumber: Fortune Media (USA) Corporation

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY