Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kaca Pelindung Skrin iPhone Dan Apple Watch Akan Dibuat 100% Di AS

Kaca Pelindung Skrin iPhone Dan Apple Watch Akan Dibuat 100% Di AS

Diterbitkan Ogos 7, 2025 · Dikemas kini Ogos 7, 2025 oleh ariff bukhari

Apple dan Corning meluaskan lagi kerjasama mereka, dengan Apple mengumumkan pelaburan bernilai $2.5 bilion (~ RM11.75 bilion) untuk memastikan 100% kaca pelindung skrin iPhone dan Apple Watch dihasilkan di Harrodsburg, Kentucky, Amerika Syarikat.

Ini merupakan kali pertama kesemua kaca peranti tersebut akan dihasilkan sepenuhnya di AS.

Corning akan menubuhkan barisan pengeluaran kaca telefon pintar terbesar dan paling maju di dunia di fasiliti Harrodsburg dan menumpukan keseluruhan operasi tersebut untuk produk Apple.

Selain itu, Apple dan Corning akan membuka Pusat Inovasi Apple-Corning di lokasi sama, untuk pembangunan bahan dan teknologi pembuatan generasi akan datang.

Kaca Pelindung Skrin iPhone Dan Apple Watch Akan Dibuat 100% Di AS
Pelindung skrin depan Ceramic Shield pada iPhone adalah hasil daripada inovasi dan kerja rapat bertahun-tahun antara jurutera Apple dan Corning.

Inisiatif ini sebahagian daripada Program Pembuatan Amerika Apple (AMP) dan komitmen Apple untuk melabur lebih $600 bilion (~ RM2.82 trilion) di AS dalam tempoh empat tahun akan datang.

Apple juga menyasarkan mengupah 20,000 pekerja baharu di AS, terutama dalam bidang R&D, kejuruteraan silikon, pembangunan perisian dan AI.

Corning sebelum ini menghasilkan Ceramic Shield, kaca tahan lasak dalam iPhone di Harrodsburg sejak iPhone pertama dilancarkan pada 2007.

Berkaitan

  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei
  • Pusat Data Generasi Baharu Dibuka Di Pulau Pinang, Sokong AI Dan Teknologi Rendah Karbon
  • Selepas 9 Tahun Dilancarkan, Siri Pertama Jam Pintar Apple Kini Disenarai Sebagai Produk Usang

Sumber: Apple

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY