Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sidang Kemuncak Teknologi ASEAN 2025 Bakal Himpunkan 2,000 Inovator Global Di MITEC November Ini

Sidang Kemuncak Teknologi ASEAN 2025 Bakal Himpunkan 2,000 Inovator Global Di MITEC November Ini

Diterbitkan Ogos 6, 2025 · Dikemas kini Ogos 6, 2025 oleh ariff bukhari

Timbalan Menteri MOSTI, YB Dato’ Haji Mohammad Yusof bin Apdal telah merasmikan prapelancaran Sidang Kemuncak Kerjasama & Pembangunan Teknologi ASEAN 2025.

Ia merupakan acara sampingan yang diadakan sempena dengan WE2025: Future in Motion yang bakal berlangsung pada 25–26 November 2025 di MITEC.

Acara  ini dijangka menghimpunkan lebih 100 syarikat, lebih 50 pelabur global dan 2,000 inovator  serta pemimpin ekosistem dari rantau ASEAN, China, Kanada, Australia, Timur Tengah, Eropah dan Jepun.

Sidang kemuncak ini akan menampilkan pameran teknologi interaktif dengan lebih 100 reruai merangkumi pameran teknologi interaktif, forum pelaburan, dan sesi dasar kepimpinan, dengan sasaran memperkukuh ekosistem inovasi serantau dan mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab teknologi dan pelaburan.

Lima tonggak strategik sidang kemuncak ini ialah:

  1. Mobiliti  & Pengangkutan Pintar Masa Hadapan 
  2. Penjagaan Kesihatan  & Perubatan Digital Masa Hadapan
  3. Pengguna  & Perdagangan Digital Masa Hadapan
  4. Pembinaan  & Respons Kecemasan Keselamatan Masa Hadapan
  5. Pekerjaan  & Keusahawanan Masa Hadapan

WE2025 menyasarkan 10,000 pengunjung dan RM100 juta potensi pelaburan, menjadikan ia platform penting dalam memacu kepimpinan wanita, inovasi teknologi dan pertumbuhan ekonomi serantau.

Berkaitan

  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • (Video) Simulasi Tunjukkan 'Rupa' Kelajuan ISS Ketika Mengorbit Bumi
  • vivo V60 Bakal Diperlihat Semasa KL Fashion Week 2025

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY