Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CelcomDigi Untung Lebih 3 Kali Ganda, Kekuatan Isyarat Rangkaian Dan Kelajuan Muat Turun Meningkat

CelcomDigi Untung Lebih 3 Kali Ganda, Kekuatan Isyarat Rangkaian Dan Kelajuan Muat Turun Meningkat

Diterbitkan Februari 20, 2024 ยท Dikemas kini Februari 20, 2024 oleh ariff bukhari

Syarikat penyedia rangkaian telekomunikasi terbesar di Malaysia, CelcomDigi Bhd hari ini mengumumkan mereka merekodkan keuntungan bersih, meningkat kepada lebih tiga kali ganda pada suku keempat 2023 berikutan penggabungannya.

Pada 2023, CelcomDigi berjaya mencapai semua pencapaian integrasi tahun pertama yang membolehkan syarikat itu merealisasikan sinergi kasar lebih RM300 juta pada Tahun Kewangan (TK) 2023.

65d444d1eda778e93c6dea67_CelcomDigi First Year Financial Highlights

Bagi setahun penuh (TK2023), keuntungan bersih CelcomDigi melonjak kepada RM1.55 bilion daripada RM848.03 juta pada tahun sebelumnya apabila hasil melonjak kepada RM12.68 bilion daripada RM6.77 bilion, terutamanya didorong oleh jualan peranti dan hasil perkhidmatan yang lebih tinggi.

Syarikat itu juga berkata, mereka telah memodenkan lebih 5,600 tapak setakat Disember 2023, membolehkan pelanggan di kawasan pasca penggabungan kini menikmati kelajuan muat turun yang lebih baik di antara 20 peratus dan 26 peratus, dan kekuatan isyarat yang lebih baik di antara 13 peratus dan 16 peratus.

Berkaitan

  • Berjaya Dilapor Akan Membida Projek Sistem Tol Tanpa Palang
  • Jangan Letak iPhone Basah Dalam Beras - Apple
  • Radiasi 5G Dari Telekomunikasi Di Sarawak Tidak Capai Paras Bahaya

Sumber: CelcomDigi, Bernama

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY