Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
menara pencawang telco

Radiasi 5G Dari Telekomunikasi Di Sarawak Tidak Capai Paras Bahaya

Diterbitkan Februari 20, 2024 · Dikemas kini Februari 20, 2024 oleh ariff bukhari

Pihak Berkuasa Multimedia Sarawak (SMA) akan terus bekerjasama dengan Agensi Nuklear Malaysia (ANM) dalam mengedarkan maklumat sahih mengenai pembangunan telekomunikasi 5G.

Pemangku pengurus besar SMA, Ng Hong Ping berkata, usaha itu akan diperkukuh lagi melalui pemeteraian memorandum persefahaman (MoU).

“Kami amat mengalu-alukan kerjasama dengan ANM terutama memberitahu masyarakat tentang maklumat yang tepat dan sahih mengenai pembangunan telekomunikasi 5G. Malah kita juga memerlukan kepakaran daripada ANM untuk meyakinkan orang ramai berkaitan isu-isu berbangkit kerana pembangunan 5G merupakan agenda nasional,” Ng Hong Ping.

Kajian mengenai radiasi di Sarawak telah pun bermula sejak tahun 2016 lagi yang disusuli dengan menandatangani MoU dengan pihak SMA pada tahun 2019.

MoU itu kini diperbaharui untuk pembangunan 5G di Sarawak dan memperkukuhkan kerjasama antara 2 agensi itu.

Setakat ini, kajian radiasi daripada telekomunikasi 5G di seluruh Sarawak tidak melebihi 2 peratus di mana kadar berbahayanya adalah sebanyak 10 peratus.

Berkaitan

  • Cetak Rompak Jejaskan Operasi, Astro Ambil Tindakan Terhadap Individu Dan 2 Syarikat
  • Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Di Malaysia Antara Yang Paling Teruk Di Dunia
  • Berjaya Dilapor Akan Membida Projek Sistem Tol Tanpa Palang

Sumber: Utusan Borneo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY