Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MLFF_Green Packet

Berjaya Dilapor Akan Membida Projek Sistem Tol Tanpa Palang

Diterbitkan Februari 19, 2024 oleh Amalina Athman

Disember tahun lalu, Persatuan Syarikat Konsesi Lebuhraya (PSKLM) telah membantah langkah kerajaan untuk memberikan kontrak pemasangan sistem tol tanpa palang atau Multi Lane Fast Flow (MLFF) kepada sebuah syarikat swasta yang dipercayai berkaitan YTL Corporation Bhd.

Dalam perkembangan terkini, Berjaya Group dilaporkan sedang mendapatkan sokongan daripada syarikat konsesi lebuh raya untuk membida projek pemasangan sistem MLFF berkenaan.

Berkaitan

  • Sistem Tol Tanpa Palang Akan Guna ANPR, RFID
  • LOKATAG Pro, Peranti Pembaca Tol Dengan Kamera Dan GPS Terbina Berharga RM1,799

Memetik laporan FMT, sumbernya berkata eksekutif kanan Berjaya telah mengadakan pertemuan secara individu dengan setiap wakil daripada 32 syarikat konsesi. Ia bertujuan bagi memberikan penjelasan dan mendapatkan maklum balas sebelum menyerahkan cadangan akhir kepada Kementerian Kerja Raya (KKR).

Sumber itu juga berkata tawaran Berjaya lebih menarik berbanding cadangan sebelum ini yang masih dalam pertimbangan kerajaan.

Antara cadangan yang digariskan adalah untuk membenarkan syarikat konsesi membina gerbang tol MLFF mereka sendiri, manakala Berjaya atau syarikat lain akan menyediakan perkhidmatan kutipan tol.

Di bawah rancangan itu, syarikat konsesi akan mendapatkan hasil seperti yang diamalkan sekarang.

Selain itu, pihak konsesi juga dikatakan memberi cadangan supaya syarikat yang menyediakan perkhidmatan kutipan tol akan bertanggungjawab terhadap kemungkinan ketirisan hasil selepas penghadang tol ditanggalkan.

Antara lainnya, melaksanakan sistem tol tanpa palang hanya di plaza tol utama, terutama di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor, di mana kesesakan lalu lintas lebih teruk.

Dengan rancangan sedemikian, kos pelaksanaan sistem tanpa palang berbilang lorong akan dikurangkan sebanyak 30%.

Sumber: Free Malaysia Today

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY