CelcomDigi Berhad melancarkan stor utama (flagship) ketiganya, CelcomDigi Store Life, yang terletak di 118 Mall di dalam Menara Merdeka Maybank.
Pembukaan ini menyertai dua stor terdahulu di The Gardens Mall dan Sunway Pyramid bagi membawa pengalaman kehidupan digital yang lebih dekat dan fleksibel kepada pengguna.
Premis baharu ini menggabungkan ekosistem lebih 30 rakan kongsi teknologi serta kandungan, termasuk jenama global seperti Samsung dan Disney.
Menurut Ketua Pegawai Jualan dan Peruncitan CelcomDigi, Cheng Weng Hong, cawangan fizikal kekal memainkan peranan penting dalam menawarkan sokongan diperibadikan.
Sempena pembukaan stor baharu ini, CelcomDigi turut melancarkan kempen tahunan Play Deals bermula 11 November 2026 hingga 15 Februari 2027.
Antara tawaran menarik termasuklah bayaran pelan Pasca Bayar percuma sehingga tiga bulan bagi pembelian peranti terpilih menerusi pelan ansuran Easy 360, rebat trade-in tambahan RM300, serta tawaran eksklusif peranti konsol PlayStation 5 versi Disc (Slim) berserta permainan Grand Theft Auto VI (GTA VI) Standard Edition apabila anda melanggan pelan CelcomDigi One bermula 19 November 2026.



