Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CelcomDigi Tamatkan Perjanjian Langganan Saham Dengan DNB

CelcomDigi Tamatkan Perjanjian Langganan Saham Dengan DNB

Diterbitkan Mei 4, 2023 ยท Dikemas kini Mei 4, 2023 oleh Amalina Athman

Pada Oktober tahun lalu, DigiTel dan Celcom Mobile masing-masing telah memeterai Perjanjian Langganan Saham (SSA) untuk memegang ekuiti dalam Digital Nasional Berhad (DNB).

Terbaharu, CelcomDigi mengumumkan bahawa kedua-duanya telah menamatkan SSA dengan DNB berkuat kuasa 3 Mei 2023, kerana tempoh untuk memenuhi semua syarat terdahulu di bawah SSA telah luput.

Berkaitan

  • Empat MNO Meterai Perjanjian Langganan Saham Bersama DNB
  • Rasmi: DNB Kekal Sediakan 5G Sehingga Hujung 2023, Beralih Ke Sistem Dwirangkaian Tahun Depan
  • Liputan 5G Kini Cecah 57.8% Kawasan Berpenduduk Seluruh Malaysia

Bagaimanapun, CelcomDigi menyatakan pembatalan perjanjian itu tidak akan memberi kesan ketara ke atas pendapatan dan aset bersih syarikat pada 2023.

Selain itu, penawaran rangkaian 5G juga dijangka tidak akan terjejas memandangkan ia berada di bawah perjanjian yang berbeza.

Terdahulu, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil mengumumkan pelaksanaan 5G akan diteruskan dengan DNB sebagai pemborong tunggal sehingga mencapai 80% liputan menjelang akhir tahun 2023, sebelum beralih ke model dwirangkaian pada awal 2024.

Sumber: Bursa Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY