Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Empat MNO Meterai Perjanjian Langganan Saham Bersama DNB

Empat MNO Meterai Perjanjian Langganan Saham Bersama DNB

Diterbitkan Oktober 12, 2022 ยท Dikemas kini Oktober 12, 2022 oleh Amalina Athman

Baru-baru ini, empat Pengendali Rangkaian Mudah Alih (MNO) iaitu Celcom Axiata Bhd, Digi Telecommunications Sdn Bhd, YTL Communications Sdn Bhd (YES), dan Telekom Malaysia Bhd (TM) telah memeterai perjanjian langganan saham (SSA) untuk memegang ekuiti dalam Digital Nasional Berhad (DNB).

Berkaitan

  • DNB Sasar 40% Liputan Rangkaian 5G Menjelang Akhir Tahun Ini
  • MenKOMM Perjelas Kekeliruan Peratusan Capaian 5G
  • 6 Syarikat Telekomunikasi Sudah Tandatangan Perjanjian Penyediaan Akses 5G
  • 12 Jenama Telefon Pintar Ini Sudah Tersedia Menyokong 5G Malaysia, Kecuali iPhone

Melalui perjanjian ini, ia membolehkan MNO memiliki 65% kepentingan ekuiti dalam DNB secara keseluruhan dan pecahan pegangan adalah seperti berikut:

  • Celcom Axiata (12.5%)
  • Digi Telecommunications (12.5%)
  • YTL Communications (20%)
  • TM (20%)

Kerajaan akan mengekalkan pegangan 35% baki ekuiti dalam DNB dan juga Saham Khas (Golden Share). Melalui Saham Khas ini, ia memberikan pelbagai hak dan kepentingan serta meliputi hal-hal seperti pemilikan, jualan atau pemindahan saham kerajaan.

Menurut DNB, Digi dan Celcom masing-masing mempunyai pegangan saham sebanyak 12.5% berikutan mengambil kira penggabungan dua syarikat itu tidak lama lagi.

Di bawah syarat-syarat SSA dan struktur yang dipersetujui semua pihak, mana-mana MNO tunggal tidak boleh memiliki pegangan saham melebihi 20% dalam DNB dan sekiranya berlaku penggabungan antara MNO, entiti gabungan tidak boleh mempunyai pegangan melebihi 25% dalam DNB.

MNO dijangka akan menawarkan perkhidmatan 5G kepada pelanggan akhir mereka bermula Oktober 2022.

Dalam pada itu, DNB juga menyatakan pihaknya akan meneruskan pelaksanaan rangkaian dan infrastruktur 5G pada jadual yang dipercepatkan, dengan sasaran untuk mencapai 80% liputan di kawasan berpenduduk menjelang 2024.

Gambar utama: DNB

Sumber: DNB

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY