Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pas Perantauan Haji CelcomDigi

CelcomDigi Perkenal Pas Perantauan Haji – RM128/45 Hari, Internet Tanpa Had

Diterbitkan April 23, 2024 · Dikemas kini April 23, 2024 oleh Amalina Athman

CelcomDigi hari ini memperkenalkan Pas Perantauan Haji, iaitu pas internet tanpa had berharga RM128 untuk tempoh sah selama 45 hari bagi kegunaan di Arab Saudi.

Berkaitan

  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • CelcomDigi Bawa Pendidikan Metaverse, 'XR' Dan 'AI' Untuk Pelajar Universiti
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda

Dengan pas ini, pengguna boleh menikmati data internet berkelajuan tinggi dengan kuota 2GB setiap hari.

Sekiranya telah mencapai had harian 2GB, kelajuan internet akan dikurangkan kepada 1Mbps. Kuota internet berkelajuan tinggi 2GB akan dimuat semula setiap hari pada jam 12.00 tengah malam sehingga pas tamat tempoh.

CelcomDigi Perkenal Pas Perantauan Haji – RM128/45 Hari, Internet Tanpa Had

Selain itu, pas perantauan ini turut menawarkan 30 minit panggilan percuma meliputi panggilan ke Malaysia, panggilan ke nombor Arab Saudi serta menerima panggilan.

Tempoh tawaran sah dari 23 April hingga 30 Jun 2024. Pembelian boleh dilakukan melalui aplikasi Celcom Life atau MyDigi dengan cara pergi ke Beli Add-Ons > Roaming/Perantauan > Arab Saudi > pilih pas perantauan yang ingin dibeli.

Sebagai alternatif, pengguna juga boleh membelinya dengan mendail *800# (Digi) atau *118# (Celcom) setelah tiba di negara destinasi (tiada fungsi tempahan awal dalam *800#).

Untuk maklumat lanjut mengenai Pas Perantauan Haji Tanpa Had 45 Hari, layari laman rasmi CelcomDigi.

Sumber: CelcomDigi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Epson Lancar Cobot, Robot Kolaboratif AX6 Untuk 'Cleanroom' Di Asia Tenggara
  • 4 Tetapan 'Advanced Privacy' WhatsApp Yang Anda Perlu Aktifkan
  • Sony Bawa Kembali Reka Bentuk Ikonik Fon Kepala Walkman 1979 - Kini Dengan USB-C, Harga Dari RM259
  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
©2026 WISER.MY