Pusat Inovasi CelcomDigi Berhad secara rasminya telah melancarkan satu initiatif pembelajaran baharu untuk pelajar universiti di Malaysia yang berasaskan teknologi metaverse, realiti lanjutan (XR) dan kecerdasan buatan (AI).
Kaedah itu dinamakan sebagai CelcomDigi Metaversity yang juga disokong oleh sambungan 5G dan fiber daripada CelcomDigi sendiri.
Menurut pihak mereka, cara pembelajaran ini akan dijalankan secara maya bagi memperkukuhkan kemahiran serta kepakaran teknikal dan digital para pelajar pada tahap yang tinggi.
Selain itu, modul pembelajaran maya ini juga akan memberi peluang kepada pelajar untuk mencipta peluang inovasi asli daripada mereka sendiri yang meliputi pelbagai sektor industri seperti penjagaan kesihatan, kejuruteraan, robotik, keselamatan siber dan banyak lagi.
Oleh yang demikian, CelcomDigi Metaversity ini telah pun diiktiraf oleh 10 buah universiti di Malaysia yang tersenarai di bawah dan enam daripadanya telah mula melaksanakan kes-kes pengguna.
- Universiti Malaya (UM) – Muzium Maya
- Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) – Hospital Pengajaran Perubatan
- Universiti Teknologi Mara (UiTM) – Pembuatan Kereta
- Asia Pacific University of Technology and Innovation (APU) – Robotik
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – Keselamatan Siber
- Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
- MAHSA University
- Universiti Malaysia Sabah (UMS)
- Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
- Universiti TeknikalMalaysia Melaka ( UTeM) – Kejuruteraan O&G
Tambahan lagi, CelcomDigi dan Kementerian Pengajian Tinggi telah menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) dengan tujuan memacu CelcomDigi Metaversity untuk 21 buah universiti lain di seluruh negara.
{suggest}
Sumber: Siaran Media CelcomDigi
