Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Photo 1

CelcomDigi Perkenal Pas Internet Prepaid 5G Hyper, Power

Diterbitkan Januari 28, 2026 · Dikemas kini Januari 28, 2026 oleh Amalina Athman

CelcomDigi kini memperkenalkan pas internet mudah alih baharu untuk pengguna prabayar, iaitu Prepaid 5G Hyper dan Prepaid 5G Power.

Prepaid 5G Hyper

Prepaid 5G Hyper hadir dengan dua pilihan, iaitu 5G Hyper 30 dan 5G Hyper 35.

Pada harga RM30, 5G Hyper 30 menawarkan 50GB data 5G/4G dengan kelajuan pantas, panggilan tanpa had, serta boleh digunakan bersama hotspot selama 30 hari.

Sementara itu, 5G Hyper 35 yang berharga RM35 menyediakan 100GB data 5G/4G, juga dengan panggilan tanpa had, sokongan hotspot dan tempoh sah yang sama.

Photo 2 – Prepaid 5G Hyper (BM)

Prepaid 5G Power

Bermula dari RM35, pas internet ini menawarkan sambungan 5G tanpa had dengan panggilan tanpa had, dan boleh digunakan bersama hotspot serta tempoh sah 30 hari.

Pilihannya termasuk 5G Power 35 dengan internet 4G/5G tanpa had (FUP 100GB) pada kelajuan sehingga 18Mbps, manakala 5G Power 45 menawarkan internet 4G/5G tanpa had (FUP 200GB) pada kelajuan sehingga 48Mbps.

Photo 3 – Prepaid 5G Power (BM)

CelcomDigi turut memperkenalkan Prepaid 5G Power+, dengan harga RM55 untuk 5G Power+ 55 dan RM65 bagi 5G Power+ 65. Kedua-duanya menawarkan internet 4G/5G tanpa had (FUP 200GB), tetapi 5G Power+ 55 menyokong kelajuan sehingga 100Mbps manakala 5G Power+ 65 menawarkan kelajuan tanpa batas.

Pengguna baharu boleh melanggan kedua-dua pas internet mudah alih ini di kesemua CelcomDigi Store atau melalui pengedar serta rakan niaga sah. Pelanggan prabayar sedia ada juga boleh melanggan melalui aplikasi CelcomDigi.

Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi CelcomDigi.

Berkaitan

  • CelcomDigi Perkenal Prepaid 5G NX & UV - Pas Bulanan Serendah RM25
  • CelcomDigi ONE Pro, Ultra Kini Dinaik Taraf Dengan Fiber 500Mbps
  • CelcomDigi Perkenal SafePAY Jr - Langganan Kad Prabayar Visa Untuk Kanak-kanak
  • Bukan Gimik, Kualiti Bunyi Huawei FreeClip 2 Ni Betul-Betul Padu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY