Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CelcomDigi Prepaid 5G NX_

CelcomDigi Perkenal Prepaid 5G NX & UV – Pas Bulanan Serendah RM25

Diterbitkan Jun 5, 2025 · Dikemas kini Jun 5, 2025 oleh Amalina Athman

CelcomDigi kini memperkenalkan barisan pelan prabayar baharu, iaitu Prepaid 5G NX dan Prepaid 5G UV.

Prepaid 5G NX 25 ditawarkan pada harga RM25 untuk 30 hari, merangkumi 40GB data pada kelajuan 100Mbps (termasuk penggunaan hotspot) dan panggilan tanpa had ke semua rangkaian.

Sementara itu, Prepaid 5G NX 35 yang berharga RM35/30 hari menyediakan 100GB data berkelajuan 100Mbps. Kuota ini juga boleh digunakan untuk hotspot dan turut disertakan panggilan tanpa had ke semua rangkaian.

CelcomDigi Prepaid 5G NX_2

Bagi pelan internet tanpa had, CelcomDigi menawarkan dua pilihan di bawah Prepaid 5G UV. Berharga RM30/28 hari, Prepaid 5G UV 30 menawarkan internet tanpa had pada kelajuan 18Mbps bersama FUP 100GB, serta hotspot dan panggilan tanpa had.

Untuk Prepaid 5G UV 40, ia ditawarkan pada harga RM40/28 hari dengan internet tanpa had pada kelajuan 24Mbps bersama FUP 200GB, serta hotspot dan panggilan tanpa had.

CelcomDigi Prepaid 5G UV_2

Pelanggan baharu boleh mendaftar pelan ini di mana-mana CelcomDigi Store, Celcom bluecube, Digi Store atau wakil sah. Pengguna sedia ada juga boleh melanggan melalui aplikasi Celcom Life atau MyDigi.

Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi CelcomDigi.

Berkaitan

  • Guna Telefon vivo X200 Pun Boleh Dapat Gambar Makro Nampak Pro Macam Ini
  • CelcomDigi PrivateSIM - Tak Perlu Lagi Risau 'Spam', 'Scam' & Promosi
  • CelcomDigi Perkenal Maya, Bot Sembang Berkuasa AI Hidupkan Bahasa Iban Dan Dusun
  • CelcomDigi Naik Taraf Kelajuan Pas Internet Prepaid 5G 25 Edisi Biru

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY