Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
BM_Photo 1 – CelcomDigi perkenalkan SafePAY Jr – langganan mesra kanak-kanak beserta kad prabayar Vircle Visa

CelcomDigi Perkenal SafePAY Jr – Langganan Kad Prabayar Visa Untuk Kanak-kanak

Diterbitkan Januari 6, 2026 · Dikemas kini Januari 6, 2026 oleh Amalina Athman

CelcomDigi kini memperkenalkan SafePAY Jr, perkhidmatan langganan baharu yang membantu ibu bapa membimbing anak-anak mengurus kewangan dengan bijak dan selamat.

Dengan kerjasama Vircle, SafePAY Jr menggabungkan e-dompet Vircle bersama kad prabayar Vircle Visa. Ia menyediakan kanak-kanak dengan Kad Prabayar Visa, sambil memastikan kawalan perbelanjaan kekal di bawah pemantauan ibu bapa.

Langganan ini ditawarkan secara eksklusif kepada pelanggan Pascabayar CelcomDigi dalam pelan yang dilancarkan dari tahun 2021 dan ke atas, dengan harga pengenalan RM1 bagi bulan pertama dan RM8 untuk bulan seterusnya.

Caj pemprosesan satu kali sebanyak RM10 akan dikenakan semasa pendaftaran.

BM_Photo 1 – CelcomDigi perkenalkan SafePAY Jr Vircle Visa
BM_Photo 1 – CelcomDigi perkenalkan SafePAY Jr Vircle Visa_

Melalui SafePAY Jr, ibu bapa boleh menyelia perbelanjaan anak-anak menggunakan aplikasi Vircle, termasuk mengurus elaun, menetapkan had perbelanjaan, serta membenarkan atau menyekat kategori transaksi tertentu. Semua transaksi juga boleh dipantau pada masa nyata.

BM_Photo 1 – CelcomDigi perkenalkan SafePAY Jr Vircle Visa_2

SafePAY Jr boleh dilanggani menerusi aplikasi CelcomDigi. Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi CelcomDigi. 

Berkaitan

  • 5 Benda Yang Buat OriginOS 6 Rasa Lebih Kemas dan Lancar
  • CelcomDigi Lancar MediHub Berasaskan 5G Dan AI Untuk Kesihatan Fizikal, Mental Pekerja
  • CelcomDigi Kini Tawar Langganan Pembaikan Peranti Bermula RM1

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY