Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
DNB Digital Nasional Berhad

CelcomDigi, Maxis Bayar RM327.87 Juta Ambil Alih Saham MoF Inc Dalam DNB

Diterbitkan Mac 10, 2026 oleh Amalina Athman

CelcomDigi dan Maxis masing-masing membuat pembayaran sebanyak RM327.87 juta untuk mengambil alih pegangan saham milik Menteri Kewangan (Diperbadankan) atau MoF Inc. dalam Digital Nasional Berhad (DNB).

Dalam pemfailan kepada Bursa Malaysia, CelcomDigi memaklumkan bahawa syarikat itu telah membuat pembayaran berjumlah RM327,872,640.28 pada 6 Mac 2026 sebagai sebahagian daripada pelaksanaan opsyen jualan yang dinyatakan dalam perjanjian pemegang saham berkaitan DNB.

Melalui transaksi tersebut, sebahagian saham DNB yang sebelum ini dimiliki oleh MoF Inc. akan didaftarkan atas nama CelcomDigi mengikut terma perjanjian berkenaan.

CelcomDigi juga akan mengambil alih bahagian berkadar pinjaman MoF Inc. dalam DNB bersama faedah terakru serta tambahan pendahuluan pemegang saham, yang secara keseluruhannya berjumlah RM161.17 juta dan merupakan sebahagian daripada nilai pembayaran tersebut.

Sementara itu, Maxis dalam pengumuman berasingan turut memaklumkan bahawa anak syarikatnya, Maxis Broadband, telah membuat pembayaran tunai berjumlah sama pada tarikh yang sama bagi memperoleh bahagian saham yang dipersetujui daripada MoF Inc. dalam DNB. Transaksi itu turut merangkumi baki pinjaman MoF Inc. dalam DNB, faedah terakru serta tambahan pendahuluan pemegang saham.

Berkaitan

  • U Mobile Lepaskan Pegangan Dalam DNB - Diambil Alih CelcomDigi, Maxis, YTL, MOF Inc
  • Bukan Gimik, Kualiti Bunyi Huawei FreeClip 2 Ni Betul-Betul Padu
  • U Mobile Ikat Kontrak Borong 5G Selama 3 Tahun Dengan TM
  • Isu Kontrak TM-DNB Tidak Jejas Sasaran Liputan 5G Negara - Fahmi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY