Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Imbasan MRI Dedah Kesan Telefon Pintar Pada Otak Kanak-Kanak

Imbasan MRI Dedah Kesan Telefon Pintar Pada Otak Kanak-Kanak

Diterbitkan Februari 5, 2026 · Dikemas kini Februari 5, 2026 oleh ariff bukhari

Kajian terbaru melalui imbasan MRI memberi amaran serius kepada ibu bapa tentang kesan telefon pintar terhadap perkembangan otak kanak-kanak.

Hasil imbasan yang dibuat di Amerika Syarikat itu adalah yang pertama di dunia menggunakan imbasan MRI terhadap kanak-kanak berusia antara 3 hingga 5 tahun bagi mendedahkan kesan penggunaan skrin berlebihan yang boleh menjejaskan perkembangan otak.

Hasil imbasan itu menunjukkan berlakunya kehilangan myelin, iaitu bahan putih penting yang membantu komunikasi antara neuron.

Kehilangan ini dikaitkan dengan kelemahan fungsi kognitif serta risiko masalah kesihatan mental pada masa depan.

Imbasan MRI Dedah Kesan Telefon Pintar Pada Otak Kanak-Kanak

Dr. John Hutton, pakar pediatrik dan penyelidik otak, menegaskan bahawa tiada had selamat untuk penggunaan skrin bagi kanak-kanak dari bayi hingga lapan tahun. Beliau memberi amaran bahawa generasi muda berisiko besar menghadapi kesukaran mencapai potensi penuh jika pendedahan kepada telefon pintar dan tablet tidak dikawal.

Apa yang dahulu dianggap sekadar isu ketagihan kini terbukti membawa implikasi kesihatan yang lebih mendalam.

Penemuan ini sekali gus menjadi peringatan kepada ibu bapa untuk lebih peka terhadap masa skrin anak-anak dengan menggalakkan aktiviti fizikal, serta memastikan interaksi sosial yang sihat.

Langkah seperti menetapkan had masa penggunaan, menyediakan ruang bebas gajet, dan memberi contoh melalui disiplin digital boleh membantu melindungi generasi muda.

Kesedaran ini penting agar teknologi tidak menjadi ancaman kepada masa depan anak-anak, sebaliknya digunakan secara seimbang untuk pembelajaran dan perkembangan positif anak-anak demi masa depan mereka.

Berkaitan

  • Undang-Undang Boleh Digubal, Tapi Ibu Bapa Masih Baris Pertahanan Pertama
  • Dari ‘Popcorn Brain’ Ke Masalah Sosial Remaja
  • Bukan Gimik, Kualiti Bunyi Huawei FreeClip 2 Ni Betul-Betul Padu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY