Celcom Xpax Beri Internet Percuma Setiap Hari, Ini Cara Untuk Dapatkannya

Hidup di zaman teknologi canggih ini membuatkan kehidupan seharian kita tidak lekang daripada penggunaan telefon pintar. Itu belum dikira lagi untuk hiburan seperti menstrim video, muzik atau bermain permainan mudah alih dalam talian seperti PUBG.

Aktiviti-aktiviti yang dilakukan itu semua memerlukan internet yang stabil disamping data internet tanpa had. Oleh itu, Celcom Xpax mempunyai jawapan untuk anda. Menyempurnakan lagi tawaran sedia ada melalui Celcom Xpax Ultra Pass™, Celcom Xpax bermula minggu lalu, telah mengadakan promosi internet percuma setiap hari untuk pengguna.

Dengan hanya langganan Celcom Xpax Ultra Pass™ serendah RM10/seminggu, pengguna kini diberikan tawaran istimewa berupa internet tanpa had secara percuma untuk tempoh 1 jam setiap hari.

Untuk makluman Celcom Xpax sedia menawarkan pelan internet mingguan serta bulanan terpilih Celcom Xpax Ultra Pass™ dan kali ini, mereka akan menyertakan sekali promosi internet percuma tanpa had kepada pengguna.



Untuk menikmati promosi ini, anda harus mempunyai langganan Celcom Xpax Ultra Pass™ yang masih dalam tempoh aktif dan seterusnya, internet percuma itu perlu ditebus dengan cara mendail *118*2*3# atau menerusi aplikasi Celcom Life.

Anda bebas menebus internet percuma ini pada bila-bila masa sahaja pada setiap hari, selagi mana Celcom Xpax Ultra Pass™ anda kekal aktif. Tidak terhenti disitu, pengguna juga bakal menerima internet percuma sebanyak 15GB(Video Walla™) sebulan menerusi RM 79/bulan. Internet percuma 15GB ini membolehkan pengguna untuk membuat penstriman video dari semua rakan kongsi Video Walla seperti YouTube, Iflix, Tonton, Astro Go, Dimsum dan banyak lagi.



Promosi ini sudah pun berjalan sejak 2 Oktober yang lalu dan bakal tamat pada 31 Disember 2019. Anda meragui tentang kepantasan rangkaian Celcom Xpax? Mungkin anda belum membaca laporan daripada Opensignal tempoh hari.

Jadi jika anda rasakan pelan sedia ada tidak mencukupi untuk menampung pelayaran internet lebih pantas, lebih masa berhibur di telefon pintar, bolehlah mula melanggan Celcom Xpax Ultra Pass™ dari Celcom Xpax hari ini untuk menikmati tawaran diatas.

Langgan Ultra Hour Pass dari serendah RM10 melalui aplikasi Celcom Life atau dail *118# sekarang. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai promosi terbaru Celcom Xpax ini, boleh layari laman Celcom Xpax.