Rangkaian Maxis Dan Celcom Adalah Yang Terbaik Berdasarkan Laporan Opensignal

Baru-baru ini, Opensignal telah mengeluarkan satu laporan mengenai "Rangkaian Mudah Alih Di Malaysia" di mana ia bertujuan untuk mengenalpasti kelajuan muat turun terpantas, pengalaman latensi, ketersediaan 4G dan pelbagai lagi berkaitan perkhidmatan dari lima pengendali rangkaian utama di Malaysia -iaitu Celcom, Digi, Maxis, U Mobile, dan Unifi. Analisis ini dilakukan pada peringkat nasional dan serantau di 12 buah negeri di Malaysia.

Untuk laporan ini Opensignal telah mengumpulkan dan menganalisis lebih dari 1 bilion ukuran yang diambil dari 971,486 peranti dengan menggunakan aolikasi "Opensignal Apps" di Malaysia dalam tempoh tiga bulan (Jun 2019 hingga Ogos 2019).

Berikut merupakan data yang dikumpul di dalam laporan Opensignal :



  • Maxis dan Celcom terus mendominasi rangkaian mudah alih negara di mana mereka telah mendahului 5 daripada 6 kategori yang dilaporkan oleh Opensignal

  • Laporan tersebut juga turut mengatakan bahawa Celcom telah meluaskan rangkaian 4G nya dan jauh meninggalkan pesaingnya dengan skor purata 87.6%.

  • Celcom juga telah mendominasi "Latency Experience" dengan pengguna mencatatkan masa terpantas sebanyak 43.2 milisaat.

  • Maxis memenangi anugerah Pengalaman Muat Turun Terpantas dengan purata 17.7 Mbps. Ia juga memenangi anugerah ​Muat Naik Terpantas dengan purata 6.6 Mbps.

  • Walaupun pengguna mengalami Kelajuan Muat Turun terpantas di Maxis, mereka menikmati Pengalaman Video terbaik pada rangkaian  Celcom dengan skor sebanyak 63.5 dalam Skala Pengalaman Video 100-point Opensignal.

  • Unifi juga tidak ketinggalan dalam meraih kejayaan dengan memenangi kategori 'Pengalaman Apl Suara' yang baru diperkenalkan,  untuk kali pertama dalam laporan ini dengan skor 77.5. Metrik ini mengukur kualiti pengalaman untuk perkhidmatan suara over-the-top (OTT) (aplikasi suara mudah alih) seperti WhatsApp, Skype, Facebook Messenger, dan sebagainya.




Untuk maklumat lanjut layari: Opensignal

 

Berkaitan