Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
G-Shock DW-5000R

Casio Keluarkan Semula G-SHOCK Edisi Pertama Menerusi DW-5000R

Diterbitkan Januari 20, 2025 · Dikemas kini Januari 20, 2025 oleh ariff bukhari

Casio telah melancaran semula model G-SHOCK pertama mereka, menerusi model DW-5000R yang menghasilkan semula G-SHOCK pertama DW-5000C, yang dikeluarkan pada tahun 1983 dahulu.

DW-5000R dihasilkan dengan ketelitian yang setia kepada reka bentuk asalnya sebagai penghormatan kepada reka bentuk ikonik yang memulakan revolusi jam tangan tahan lasak.

DW-5000R 1
Walaupun sangat setia kepada reka bentuk asal, model ini turut dilengkapi ciri moden seperti lampu latar LED berkeamatan tinggi dan bezel serta tali yang diperbuat daripada resin berasaskan bio, bahan yang dijangka dapat mengurangkan kesan terhadap alam sekitar.

Model rekaan semula ini juga menampilkan elemen klasik dari model asal, termasuk reka bentuk kotak yang kukuh dan teknologi tahan hentakan sambil diperbaharui dengan bahan dan teknologi moden.

Casio Keluarkan Semula G-SHOCK Edisi Pertama Menerusi DW-5000R

Pelancaran G-SHOCK pada 12 April, 1983 dahulu telah memperkenalkan genre baharu dalam reka bentuk jam tangan  tahan lasak, membawa jam tangan ke persekitaran mencabar dan lasak.

Ia adalah G-SHOCK pertama yang direka untuk memberikan ketahanan unggul terhadap kejutan dan getaran dalam persekitaran yang mencabar.

Dengan spesifikasi tahan kejutan yang jauh melebihi piawaian ISO, G-SHOCK pertama dilengkapi untuk menahan hentakan daripada aktiviti sukan lasak serta getaran berterusan akibat penggunaan alat seperti gergaji rantai, tukul pecah, dan peralatan kuasa lain.

Sebagai simbol ketahanan tulen, jam tangan ini membawa potensi perubahan besar kepada gaya hidup di seluruh dunia, sekali gus memperkenalkan genre baharu dalam reka bentuk jam tangan.

Jadi, dengan kehadiran jam tangan G-SHOCK DW-5000R pastinya menjadi koleksi istimewa bagi peminat tegar G-SHOCK khususnya dan mereka yang menghargai gabungan reka bentuk retro dengan inovasi terkini.

G-SHOCK DW-5000R kini sudah pun tersedia di pasaran ditawar pada harga RM995.

Beli G-SHOCK DW-5000R dari stor:

  • Shopee – https://invl.io/clm94ro
  • Lazada – https://invol.co/clm94s2

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Menteri Pengangkutan Melancarkan Aplikasi Jual Motosikal Terpakai
  • Red Magic X Golden Saga Edisi Terhad Dilancar Dengan Ciri Penyejukkan Gentian Karbon

Sumber: CASIO G-SHOCK,  CASIO

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kerajaan Perjelas Larangan Waze Untuk Penjawat Awam - Ini Yang Perlu Diketahui
  • Cara Hidupkan Pengesahan Dua Langkah (2FA) WhatsApp, Langkah Demi Langkah
  • Leica Lancar Kamera Q3 43 Edisi Formula 1, Harga RM40,290
  • Gentari, BYD Kerjasama Bawa Teknologi Flash Charging Ke Malaysia
  • Anthropic Dilapor Rugi AS$80.7 Bilion, AS$72 Bilion Daripadanya Caj Perakaunan
  • Tonton Netflix Dan YouTube Di UK Mungkin Perlu Bayar Lesen TV £180 Setahun
  • Kerajaan Larang Penjawat Awam Guna Aplikasi Navigasi Waze - Berkuat Kuasa Serta-Merta
  • Kapal Angkasa Jepun Dalam Perjalanan Ke Bulan Planet Marikh, Dijangka Tiba Ogos 2027
©2026 WISER.MY