Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
asean kod qr

‘Cashless Society Scaling Up Programme’ Fasa 3 Diteruskan Ke Perak, Terengganu Dan Perlis

Diterbitkan Januari 23, 2025 oleh ariff bukhari

Cashless Society Scaling Up Programme Fasa 3 telah dilancarkan di mana ia akan diperluaskan ke tiga buah negeri lagi tahun ini iaitu Perak, Terengganu, dan Perlis.

Fasa 3 akan bermula pada pertengahan bulan Februari dengan aktiviti dijadual di 27 pusat NADI di Perak, bermula di Kampung Raban sebelum diteruskan di Terengganu pada suku kedua dan di Perlis pada suku ketiga tahun 2025.

Fasa ini menyasarkan 56 lokasi/touchpoints, melibatkan kira-kira 25,000 pengunjung, memudahkan lebih 12,000 transaksi tanpa tunai, dan mendaftar lebih 2,000 peniaga digital baharu.

Cashless Society Programme yang telah dilancarkan pada tahun 2022 lalu bertujuan untuk memperkasakan masyarakat luar bandar untuk menggunakan pembayaran dan transaksi digital.

Cashless Society Scaling Up Programme digerakkan di seluruh negara selama
lima tahun.

Fasa 1 dan 2 telah berjaya dilaksanakan di empat buah negeri, bermula di Melaka dan siri jelajah di 28 pusat NADI seluruh negara melalui kerjasama antara MCMC dan PayNet.

Susulan kejayaan ini, Fasa 2 diperluas ke Johor, Pahang, dan Negeri Sembilan, melibatkan lebih 56 lokasi/touchpoints komuniti serta kerjasama dengan 12 rakan strategik, termasuk bank dan penyedia e-dompet.

MCMC memaklumkan, program tersebut telah mencapai kejayaan besar apabila berjaya menarik kehadiran lebih 44,000 pengunjung, memudahkan lebih 18,000 transaksi tanpa tunai dan mendaftar lebih 4,200 peniaga digital baharu.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • iPhone Mendominasi Pasaran Telefon Pintar Global Sepanjang 2024 - Canalys
  • Siri Galaxy S25 Kini Rasmi - Snapdragon 8 Elite for Galaxy, Harga Bermula RM3,999

Sumber: MCMC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kerajaan Perjelas Larangan Waze Untuk Penjawat Awam - Ini Yang Perlu Diketahui
  • Cara Hidupkan Pengesahan Dua Langkah (2FA) WhatsApp, Langkah Demi Langkah
  • Leica Lancar Kamera Q3 43 Edisi Formula 1, Harga RM40,290
  • Gentari, BYD Kerjasama Bawa Teknologi Flash Charging Ke Malaysia
  • Anthropic Dilapor Rugi AS$80.7 Bilion, AS$72 Bilion Daripadanya Caj Perakaunan
  • Tonton Netflix Dan YouTube Di UK Mungkin Perlu Bayar Lesen TV £180 Setahun
  • Kerajaan Larang Penjawat Awam Guna Aplikasi Navigasi Waze - Berkuat Kuasa Serta-Merta
  • Kapal Angkasa Jepun Dalam Perjalanan Ke Bulan Planet Marikh, Dijangka Tiba Ogos 2027
©2026 WISER.MY