Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
sembunyi hari jadi facebook

Cara Sembunyikan ‘Birthday’ Di Facebook Agar Orang Lain Tidak Terima Peringatan

Diterbitkan Ogos 29, 2022 · Dikemas kini Ogos 30, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Mengingatkan semua rakan tentang hari lahir anda adalah salah satu fungsi Facebook yang terkenal. Tanpa Facebook, mungkin hanya ahli keluarga terdekat saja yang sedar ia merupakan ulang tahun ‘birthday’ anda.

Tapi, sesetengah makhluk Tuhan tidak suka rakan Facebook diperingatkan tentang hari lahir mereka  dan menerima ucapan klise “selamat hari lahir!”

Facebook > Menu > Settings & Privacy > Settings > Profile information > Basic info, tekan Edit > Date of Birth > Pilih tetapan anda mahu.

Cara sembunyikan hari lahir daripada rakan Facebook

1. Masuk aplikasi Facebook di telefon anda.

2. Tekan Menu.

3. Tekan Settings & Privacy/Tetapan & Privasi, kemudian Settings/Tetapan.

sorok birthday fb (1)

4. Tatal ke bawah, tekan Profil Information/Maklumat Profil.

sorok birthday fb (2)

5. Tatal ke bawah, cari Basic Info/Maklumat Asas, tekan Edit/Sunting.

sorok birthday fb (3)

6. Di bawah Date of Birth, ada dua iaitu Date of birth dan Birth Year.

sorok birthday fb (4)

  • Di sini, anda boleh pilih mahu sembunyikan tarikh saja atau tahun saja.
  • Anda boleh pilih bagaimana tahap privasi anda. Sama ada Public/Awam, rakan-rakan Facebook saja (Friends/Rakan) atau anda seorang saja (Only me/Hanya saya).
  • Jika anda mahu betul-betul sembunyikan tanpa seorang pun tahu, maka pilih Only me/Hanya saya.
  • sorok birthday fb (6)

Selepas ini, bukan saja rakan-rakan anda tidak akan terima peringatan tentang ulang tahun kelahiran anda namun juga tidak akan dapat melihat tarikh lahir anda di profil.

Berkaitan

  • Cara Semak Stesen Minyak Yang Jual Kad TNG NFC
  • Ramai Tak Sedar, Ini Benda Wajib Anda Buat Sejurus Memiliki Kad TNG
  • Cara Ketahui Harga Sebenar Produk Di Shopee Dan Lazada Sebelum "Diskaun"
  • Pelan Beriklan Netflix Mungkin Sekitar RM30 Ke RM40
  • Samsung Kongsi Video Bagaimana Penghasilan Dan Ujian Ketahanan Peranti Boleh Lipatnya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY