Pelan Beriklan Netflix Mungkin Sekitar RM30 Ke RM40

CEO Netflix sebelum ini sudah mengesahkan pelan beriklan mereka akan dilancarkan dalam masa beberapa bulan lagi. Laporan terbaru pula mendedahkan julat harganya di Amerika Syarikat.

Berdasarkan laporan, pelan beriklan ini akan dipasarkan dalam harga $7 ke $9 sebulan. Jika ditukar ke mata wang Malaysia, ia sekitar RM31 ke RM40.



Buat masa sekarang, pelan biasa di AS berharga $9.99 (Basic), $15.49 (Standard) dan $19.99 (Premium), bermakna harga paling rendah ialah ~RM45 untuk Basic.

Namun, kebanyakan pelanggan di sana melanggan pelan Standard $15.49 (~RM70).

Akan tetapi, kita masih belum tahu apakah pelan beriklan ini menawarkan apa yang pakej Standard tawarkan ataupun seperti pelan Basic yang terhad 480p dan satu peranti.



Hal ini kerana laporan sebelum ini juga berkata pelan beriklan tidak akan membenarkan pelanggan untuk memuat turun kandungan.

Jika pelan beriklan sama seperti Basic, ia agak tidak masuk akal. Apa-apapun, sama-sama kita nantikan perkembangannya selepas ini.

{suggest}

Untuk penyertaan iklan pula, Netflix dikatakan akan memaparkannya iklan selama 4 minit untuk setiap 1 jam.

Selain itu, ia juga akan dipaparkan sebelum rancangan bermula dan semasa ia berjalan, bukan selepas ia tamat.

Terdahulu, CEO Netflix memberitahu sesetengah kandungan mungkin tidak akan tersedia pada pelan beriklan ini. Klik SINI untuk baca berita penuh.

Sumber: Bloomberg