Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Meta didenda

Cara Sekat Facebook Daripada Akses Foto Anda Untuk Cipta Cadangan Automatik

Diterbitkan Februari 20, 2026 · Dikemas kini Februari 20, 2026 oleh ariff bukhari

Pengguna Facebook mungkin tidak sedar, apabila anda memberi kebenaran kepada Facebook mengakses galeri kamera peranti bagi memuat naik foto dan video, aplikasi itu menggunakan metadata asas termasuklah tarikh gambar diambil, gambar yang ditanda sebagai kegemaran dan jenis foto (panorama, swafoto, selang masa dan lain -lain.

Metadata tersebut digunakan oleh Facebook bagi mencadangkan apa yang perlu disiarkan seterusnya dengan mengimbas koleksi kamera anda semasa anda melayari aplikasi.

Ini merupakan isu privasi bagi sebahagian pengguna kerana mudah untuk anda terlepas pandang bahawa ciri ini wujud sama sekali.

Oleh itu, jika anda rasa seperti Meta mengintip kandungan media telefon Android anda,  jadi sangat disyorkan untuk anda melumpuhkannya bagi menyekat Facebook daripada menyemak imbas foto anda di latar belakang.

Jadi, berikut adalah cara untuk menyahaktifkan ciri ini kerana ia secara lalai (default) diaktifkan dalam tetapan aplikasi Facebook anda:

  • Pada bahagian atas Suapan (Feed), ketik pada Cara Sekat Facebook Daripada Akses Foto Anda Untuk Cipta Cadangan Automatik Create story.

WhatsApp Image 2026-02-20 at 10.39.50 (1)

  • Pada bahagian atas sebelah kanan, ketik pada ikon Settings Cara Sekat Facebook Daripada Akses Foto Anda Untuk Cipta Cadangan Automatik.
  • Kemudian ketik  pada Cara Sekat Facebook Daripada Akses Foto Anda Untuk Cipta Cadangan AutomatikCamera roll settings.

WhatsApp Image 2026-02-20 at 10.40.19

  • Pastikan tetapan untuk Get camera roll suggestions when you’re browsing Facebook dimatikan.

WhatsApp Image 2026-02-20 at 10.40.49

Selamat mencuba.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Cara Sembunyikan Status Aktif Anda Di Facebook
  • Elak Beli Tablet Android Murah Ini, Dilapor Tersedia Pasang Perisian Hasad

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • LUMOS Lancar 4 Model Tablet Mampu Milik, Harga Bermula RM399
  • Ledakan AI Ubah Kuasa Rundingan Pembekal Cip, Apple Kini Berdepan Kos Lebih Tinggi
  • Ladang Angin Seluas Singapura Kini Salur Elektrik Ke Vietnam
  • Google Perkenal Ikon Baharu Untuk Messages, Phone Dan Contacts
  • Lebih 1.3 Juta Set-Top Box Dijangkiti Malware, Google Sekat Salah Satu Pengeluar Peranti Android
  • Serangan Siber Ganggu Sistem Penyejukan Pasar Raya Di Sembilan Negara Eropah
  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
©2026 WISER.MY