Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CIMB Octo

CIMB Tukar Cara Log Masuk Aplikasi OCTO Bermula 24 September 2025

Diterbitkan September 19, 2025 · Dikemas kini September 19, 2025 oleh Amsyar Latif

Pengguna CIMB perlu ambil perhatian kerana bermula 24 September 2025, bank itu akan memperkenalkan perubahan pada CIMB Online Banking Agreement yang melibatkan cara log masuk dan pemasangan aplikasi CIMB OCTO.

Sebelum ini, pelanggan yang mahu menggunakan aplikasi di telefon baharu boleh terus pasang dan aktifkan, manakala peranti lama akan terpadam secara automatik.

Namun selepas tarikh kuat kuasa, langkah itu tidak lagi dibenarkan. Pengguna kini wajib mengeluarkan (delink) peranti lama terlebih dahulu sebelum memasang aplikasi OCTO di telefon baharu.

Proses mengeluarkan peranti boleh dibuat terus dalam aplikasi dengan pergi ke menu More>Services>Manage Device, atau dengan menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan CIMB.

Selepas pemasangan di telefon baharu, pengguna akan diminta menamakan peranti sebelum log masuk seperti biasa.

CIMB menjelaskan perubahan ini dibuat untuk meningkatkan keselamatan perbankan digital. Ia bertujuan mengelakkan akaun diakses daripada peranti yang tidak dikenali serta memudahkan pengguna menguruskan akaun sekiranya telefon lama hilang atau tidak digunakan lagi.

Perubahan ini akan mula berkuat kuasa pada 24 September 2025. Oleh itu, jika anda bercadang menukar telefon selepas tarikh tersebut, pastikan anda mengeluarkan peranti lama terlebih dahulu bagi mengelakkan masalah semasa proses pemasangan.

Berkaitan

  • CIMB Perkenal Pembantu Digital 'Amira'
  • CIMB: Tiada Lagi SMS Maklumkan Penerima Mulai 1 September
  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY