Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Public Bank Akan Tutup Aplikasi Lama, Pastikan Anda Beralih Ke Aplikasi Baharu Ini Sebelum Jun 2025

PB engage MY Ditamatkan Mulai 15 Ogos, Ini Cara Beralih Ke Aplikasi MyPB

Diterbitkan Julai 25, 2025 oleh Amsyar Latif

Public Bank mengumumkan bahawa aplikasi perbankan mudah alih PB engage MY tidak lagi boleh diakses mulai 15 Ogos 2025. Sebagai gantinya, pelanggan diminta untuk beralih sepenuhnya ke aplikasi baharu MyPB, yang menawarkan pengalaman perbankan lebih moden, selamat dan mesra pengguna.

MyPB hadir dengan antara muka baharu dan pelbagai ciri seperti semakan baki, transaksi, permohonan produk, janji temu bank, kalkulator pinjaman, penjejak perbelanjaan dan banyak lagi.

Untuk beralih ke aplikasi MyPB:

  1. Muat turun aplikasi MyPB dari Play Store, App Store atau AppGallery
  2. Log masuk dengan akaun PBe sedia ada
  3. Sahkan log masuk melalui aplikasi PB engage MY
  4. Daftar dan aktifkan PB SecureSign, sama ada di cawangan, ATM, atau secara terus (bagi pemegang token fizikal)

Public Bank turut mengingatkan pengguna Android supaya memastikan peranti mereka menggunakan Android 11 atau lebih baharu untuk keserasian aplikasi.

Langkah ini sejajar dengan trend industri, di mana banyak bank utama di Malaysia telah beralih ke aplikasi baharu demi keselamatan dan keselesaan pengguna.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY